Rabu, 7 September 2011

YA! Aku memang CEMBURU!

Aku memang CEMBURU ngan orang yang senang sangat nak pregnant! semalam aku dapat good news dari kawan aku yang bini dia dah pregnant. Aku tumpang gembira ngan dia sebab dia berjaya untuk ada zuriat sendiri. Aku sangat CEMBURU ngan dia & bini dia sebab senang nya dia nak dapat anak. Iye la baru Sebulan kawen dah ade rezeki, aku ni dok tunggu jerk dah nak masuk 4 tahun still takde rezeki lagi.

Semalam bila dapat tau terus aku Congrats kat dia.."Bro! tahniah bro! lu memang TEROR", hakikatnya aku tak sanggup nak luahkan kata-kata tu. Kenapa aku mesti berpura-pura ekh? aku pun tak tau. Lepas tuh EMO sendiri! yang jadi mangsa keEMOan aku adalah hubby aku. Aku anta message kat dia, "Abi, si %^& bini dia dah pregnant, time kita bile lagi?". Hubby aku pun balas "Nanti kita gi buat check up nak?", aku pun balas semula "mesti la nak! tapi bile? asyik cakap jerk!", "Sabar la sayang, mana ade cakap jerk.. insyaallah bile tiba timenye kita dapat jugak. Nanti kita pegi check up ya?" balas hubby aku balik. Nasib baik la hubby aku dapat tenangkan perasaan aku ni. Kalau tak mau berjuraian air mata ni (dalam hati ni memang dah sebak sangat dah).

Bagi rakan TTC yang lain.. korang ade tak rase macam aku rase? atau aku je yang selalu terasa macam ni? mulut je senyum bila dapat berita macam ni, tapi hakikatnya hati ni tak boleh nak terima, hati ni rase CEMBURU sangat. Bagi aku penantian selama 3 tahun lebih ni adalah penantian yang menyeksakan, walaupun aku takde STRESS dari pihak keluarga aku atau pun dari kawan-kawan sekeliling aku. Memang nampak aku ni rileks, COOL, nampak macam takde usaha tapi hakikatnya aku sangat mengiginkan zuriat. Aku teringin sangat nak merasa nikmat untuk mengandung, melahirkan & menjaga anak. 



YA ALLAH, berikan la aku kekuatan untuk menghadapi semua dugaan mu YA ALLAH!

13 ulasan:

  1. semua orang akan merasa cemburu kak. cuma macammana cara kita nak atasi rasa cemburu tu. kita usaha lagi ye kak. insyaAllah rezeki akan berpihak pada kita. lambat atau cepat je. kadangkala yang lambat tuelah yang terbaik utk kita.~~

    BalasPadam
  2. kita pun cemburu jugak biler dengar berita dari orang lain sedangkan menanti berita untuk diri sendiri entah bila...kita sama2 berusaha, cuba dan teruskan tawakal padanya...insyaallah

    BalasPadam
  3. qaseh & salmi : kadang-kadang perasaan tu tak dapat nak kawal. tapi CINTA sentiase redha dengan ketentuan ni, cume kadang-kadang cemburu tu dtg mengatasi segalanya. :(

    BalasPadam
  4. btol tu wiyah faham perasaan CINTA..semua org akan rasa cemburu,termasuklah wiyah..kalo wiyah plak rasa iri hati sgt ngan org yang peknen xpayah nak bersusah payah itu & ini..tup tup dah bersalin,,untungnya bagi mereka yang tak perlu lalui semua yang hadapi ni..lagi marah bila tgk org buang anak senang2 jer..x hargai anak!!apa pun diharapkan semoga ada rezeki untuk kita insyaAllah..

    BalasPadam
  5. saya mule jealous sekarang!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  6. wiyah: btol tuh.. kalau ada orang buang anak kat depan umah CINTA kan bagus.. leh bela budak yg tak berdosa. Orang yang nak sgt baby tak dapat-dapat tapi kalau tak nak senang je kan?

    BalasPadam
  7. Anie: MAunyer tak jelous.. dah lama sgt dah tunggu ni.. tapi Redha je la.. :(

    BalasPadam
  8. Usaha tangga kejayaan ☺☺

    Insya'allah...klo ada rejeki tak kemana.

    BalasPadam
  9. tapi samapai bile nak tunggu?? kene pasrah gak ni..

    BalasPadam
  10. salam perkenalan :)
    same la kiter tiap kali dgr org lain pregy mesti menyorok nanges :( hu perasaan ni hanya tuhan jerk yang tau......insayaallah akan tiba masanya. :)

    BalasPadam
  11. salam Miss! eheheh tuh la hakikatnya, tapi nak buat macam mane belum sampai rejeki kita kan? usaha tetap usaha!

    BalasPadam
  12. Samalah dengan saya yg dh 5 buln trying for a baby tapi apakandaya masih x ada rezeki.sedangkn saya & suami x ada masalah kesuburan sebab dah buat check up..kadang2 hairan ada sesetengah orang yg saya kenal x jaga diri baik mana pun,.suami merokok x kurang jugak ada yg si isteri merokok..ada yg peminum,bukn mengadakan cerita,tapi itulah hakikatnya,tapi cakap nak mengandung terus jadi.anak pulak lahir sihat2..dlm setahun sekali dapat anak..saya ni pulak dengan suami jaga kesihatan sebaik mungkin,jaga pemakanan umur pulak masih muda,tapi betapa susahnya nak mengandung,sampai ke tahap rsa dirini ada yg x kena muungkin ada keganjilan pada diri yg menyebabkn susah nak mengandung,hehe.tp tulah kita ni manusia biasa yg hanya mampu berusaha tapi Allah yg menentukan segalanya..saya hanya pasrah & dan terus berusaha moga2 Allah memakbulkan doa saya & suami utk menimang zuriat sendiri berkat thn baru ni,untuk cinta pulak jgn berputus asa dari rahmat Allah,teruskn usaha,insyallah ada rzeki awak x lama g,mana tau kta sama2 mengandung tahun ni..amin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. member saya pun ramai yang macam tu, tp senang betul nak dapat.. takpe la kita sama-sama sabar untuk rezeki ni ☺

      Padam