Rumah baru untuk MOMO

Sebenarnya memang dah lama bercita-cita nak belikan MOMO rumah baru, akhirnya dapat jugak dia rumah baru setelah 4 bulan duduk rumah yang sempit & kecik. Rumah lama dia tu tak selesa untuk diduduki lagi, sebab MOMO dah semakin gemuk & membesar dengan jayanya hasil penjagaan rapi mama dia ☺.

Mulanya hubby bercadang nak buat sendiri rumah MOMO (kreatif la konon!) tapi setelah pikir-pikir bahan untuk dijadikan rumah takde, beli saje la di kedai senang cerita. Mule-mule kami ke Petshop di The Mines, takde plak sangkar yang besar tapi sempat gak sambar diet, roda & kalsium untuk si MOMO. Mase kat Petshop tu salesman tuh cakap cube try tengok kat petshop Bangi Seks. 7 kat situ ade jual sangkar yang besar. Ape lagi kami pun terus berdesup ke sana.

Memang betul kat sane memang banyak aksesori untuk MOMO, kayu untuk dia memanjat, sangkar dan lain-lain. Harga pun boleh tahan murah gak. Pilih punye pilih berkenan dengan sangkar tu dan kami pun terus beli. MOMO memang happy gile dapat rumah baru, kenapa aku cakap dia happy? sebab malam tu 1st time aku dengar dia barking wahhhh! terharu sangat. Bunyi dia barking sebijik macam anak anjing yang kecik. Habis satu rumah dia menjelajah.. Semoga MOMO happy disamping kami ☺.

Bye-bye rumah lama  ♥
Hi! rumah baru ♥♥♥
Test mainan baru!
Nampak tak keterujaan MOMO?
P/S: Rumah lama still boleh digunakan tapi cume untuk outstation sahaja.. wahh! outstation katenyer.. ehehehe!

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?