Khamis, 13 Oktober 2011

Surat CINTA dari jejaka MPKJ..

Semalam setelah kepenatan berasak-asak menaiki chu-chu train, sampai kat kete tengok dapat surat CINTA dari jejaka MPKJ. Hancur luluh hati ni, bukan sebab kecewa, tapi sebab tempat parking! aku rase tempat yang aku parking tu tak menganggu lalulintas pun cumeee... takde petak parking je kat situ.

Bukan nyer aku takmo parking kat dalam tempat parking yang disediakan atau aku ni kedekut tapi rase tak berbaloi kot aku byr RM3 pastuh kene jalan kaki, sebatu jauh! woooo.. tak mampu mak nak berjalan jauh-jauh nok, dah la dalam tren sepanjang jalan kene berdiri lepas tu nak jalan kaki nak ke opis lagi, pastuh dr parking kete nak ke stesen komuter tu pun nak jalan kaki lagi? hah alamatnyer mmg berkilo-kilo lemak aku hilang, (nak kumpul lemak bukan senang ahahahah!). Hari ni aku parking tempat selamat plak, kalau kene saman gak tak tau la nak cakap ape!

Sujana mata memandang, nun jauh disana stesen komuter.

Tu dia.. surat CINTA yang aku dapat

hohoho! alasan yang tak munasabah dari jejaka MPKJ!
 Terima kasih kepada jejaka MPKJ sebab bagi saya surat CINTA ni, 1st time saya dapat surat CINTA ni..

P/S: 26/10 ni nak kene bayar dah.. BENCI tau! kalau beli durian pancake boleh dapat 3 packs!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan