Selasa, 22 November 2011

Period yang berlarutan

Pening la memikirkan period aku yang berlarutan ni, dah lebih kurang seminggu tapi takde jugak menunjukan tanda-tanda nak kering. Yang paling tension darah period yang keluar bak "hidup segan mati tak mau" keluar skit sangat.

Nak pergi klinik takut.. sebab ape takut? family aku ade history pasal hal period ni. Period berpanjangan ni dulu telah dialami oleh orang yang aku paling sayang dalam dunia ni iaitu arwah mak aku. (nak cerita kisah lama ni yang sedih)

Aku ingat lagi mase tuh aku still dalam form 1, arwah mak aku ni rajin berkerja ☺ siang malam keje.. tiba satu hari tu mak tak kerja &  mak sibuk nak ke hospital, bile aku tanya kenapa dia ckp "sepatutnya mak dah tak kuar darah" aku pelik gak.. sebab time tu aku ingat pompuan ni memang sentiasa period sampai la nyawa takde, rupenye bile tibe mase usia dah lanjut period tuh dah tak datang hohohoh... A.K.A menopause la (betul ke aku eja ni?). Aku & adik aku sebok la follow mak ke hospital, bile dia pi check up & doktor cakap dia ade ketumbuhan & memerlukan sample darah untuk tentukan ketumbuhan tuh kanser ke tak..

Aku tengok air muke mak aku biase je, mungkin dia tak nak anak-anak dia risau sebab time tuh memang kami semua masih perlukan dia. Seminggu lepas tuh follow up ke hospital balik, dan disini la episod duka keluarga kami. Mak disahkan mengidap kanser pangkal rahim, selama lebih kurang 1 tahun dia tabah mengharungi kehidupan sebagai pesakit kanser, terpakse berulang alik dari hospital kadangkala berulang alik dari hospital di KL ke JB. Dan macam-macam yang berlaku ketika dia sakit, sungguh menduga kami adik beradik.

Rawatan yang sepatutnya mak lalui, mak tak nak lalui iaitu kimoterpi. Dia sanggup berubat tradisional semata-mata tak nak kimo, tapi malangnya kanser dia semakin merebak dan akhirnya mak tinggal kan kami semua pada 11/10/1998.

Ramai yang mengatakan kanser tuh adalah penyakit keturunan, dan peristiwa yang aku sedang alami ni mengigatkan aku kembali kepada kenangan pahit yang aku lalui dulu. Sebab tu la aku takut sangat nak jumpe dengan doktor.. nak buat pap smear ke ape ke.. ngeri & takut tak boleh terima kenyataan..


7 ulasan:

  1. Kalau ida pun takut jugak... tapi cinta takleh ngelak... kalau ada sejarah, lg disarankan pergi check pakar.... Tabah ye!

    BalasPadam
  2. kena check gak Cinta. Jgn takut..kadang takde apa pun. anak buah akak pun dulu camtu peyed dia. mmg kena bergantung ngan ubat doktor je, tp oke je dia, takde kanser ke apa.
    So, dun wori..kena check segera. Jgn tangguh, takut nati lagi melarat. Tp rasanya takde apa tu. Jgn risau2 sgt yer..
    *hugs*

    BalasPadam
  3. dah 2-3 kali jumpe doktor pasal hal ni, tapi doktor ckp takde ape2 cume hormon jerk, cume perasaan takut tuh sentiase ade... maklum la ade kisah pahit di sebalik tu kan.. terngiang-ngiang lagi..

    BalasPadam
  4. Cinta buatla pap smear.. mmg takut dgn keputusannya tapi sekurang-kurangnya Cinta puas hati dah check betul2.. take care dan always think +ve ye.. kwn2 ttc corner selalu ada utk mendgr =)

    BalasPadam
  5. wiyah rasakan..better CINTA follow up lagi,, kalau x puas hati kat gov pergi ke private..at least 'prevention better than cure'...!! please go for check up dear

    BalasPadam
  6. kawan-kawan.. terharu dengan support korang insyallah cinta akan ke klinik.. thanks sumee

    BalasPadam
  7. babe..kena pergi juge wat check up..lebih baik tau dari tak tahu.take care taw

    BalasPadam