Selasa, 8 November 2011

Update.. update!

Dah lama gile rase tak update ape-ape cerita kat sini, bukan nyer takmo update tapi disebabkan kerjaan yang banyak maka takleh nak menyibukkan diri berblogging. Balik rumah pun terus tido *tengok masterchef dulu yoo.. memang tak berkesempatan la nak update ape-ape. Walaupun aku tak ade update ape-ape tetapi aku tetap menjengah blog korang tanpa meninggalkan ape-ape jejak *soooo... sorry k?.

Macam mana balik raya? jem tak jalan? yang balik ke pantai timur sure jem kan? aku la salah sorang yang terperangkap dalam ke-jem-man tu. Pegi-balik jem tension woo, dah la pakai kereta manual lenguh gak la laki aku nak menukar gear, Sian dia ☺. Balik kampung kali ni diteman kan 2 anak bulus kesayangan aku si Momo ngan Baby, bukan main suke dia dapat main dalam kereta.

Momo excited nak balik kampung weee!
Bergurau senda dalam kereta ditengah-tengah ke-jem-an

Cakk! anak mama!
 Sampai je Jengka perut lapar singgah jap beli makanan...

Ayam golek yang marvelous!
Sampai-sampai je umah MIL terus masak-masak lauk untuk makan tengah hari & get ready bahan-bahan nak masak untuk raya ke-esokan harinya. Hubby plak kene bako lemang laaa ape lagi ☺. Lepas siap semua duduk bersembang jap sambil melayan anak bulus.

Momo sibuk tunjuk skill ☺

Baby pun sama ☺

Tengah-tengah bersembang, adik ipar aku menyampai kan berita gembira pada MIL aku, berita SIL aku pregnant + mabuk-mabuk. Korang tau la bile dah berita tuh di sampaikan cerita jadi panjang laaa.. aku pun senyum je tak mo cakap ape-ape. "Rezeki dia kan alhamdulillah bertambah la rezeki keluarga kami".. FIL aku ade cadangkan untuk berjumpe dengan "orang pandai" di area Jengka ni, Insyallah bulan depan aku pergi ngan FIL & hubby. Usahakan ape yang patut.

Kitaorang balik ke Kajang pada hari Ahad, memang seperti disangka jalan memang jem. Sesak! berpusu-pusu orang nak balik ke KL. Nasib baik hubby penyabar orangnya, ditambah plak dengan kenakalan 2 anak bulus, ceria je rase ☺.


Terperangkap sebagaimana mama & papa terperangkap dalam jem!
Lasak betul!
Dari keadaan terang sampai ke gelap, jalan tetap jem!
Walaupun tension ngan ke-jem-an dari KAJANG-JENGKA-KAJANG, kami tetap ceria dengan telatah anak bulus kami, macam-macam aksi dibuatnya ☺. Love u all!

5 ulasan:

  1. balik ari Ahad ke Isnin??
    Ahad tu ptg raya tu. Rasa cam tak jam. Akak balik kg ptg raya tu. Huhu

    BalasPadam
  2. beraya ke jengka ya,,,,kg su kat felda chini.....
    if tau boleh kita beraya bersama-sama

    BalasPadam
  3. kek da: saya balik hari isnin la.. tersalah hari plak :P

    su su: felda chini tu jauh x ngan jengka? cinta kat bandar tun razak jengka

    BalasPadam
  4. ska pun balik jengka...memang menenpuh jem pergi dan balik..tp ska banyak tido jer sebab demam

    BalasPadam
  5. ska jengka kat mane? kita yg duk sebelah ni pun letih tengok hubby, ni kan plak hubby kita.. nasib baik ade anak bulus leh layan dorang

    BalasPadam