Sugar glider ke klinik

Ingat tak yang aku cerita pasal sugar glider aku bulu dia gugur?.. & then kitaorang gi cari klinik vet sesat plak, last-last kitaorang balik. Kerana tak puas hati sebab bulu Baby still tak ok kami pun cari la klinik vet yang berdekatan sajerk.

Firstly pegi klinik vet kat Balakong tapi tutup, then cari la kat Kajang, akhirnya jumpe.. tanya ngan doc tuh dia leh buat checkup untuk sugar glider tak? then dia cakap boleh, tapi aku plak tak bawak budak 2 ekor tuh, balik la semula ke umah amik budak berdua tu.

Sampai je kat klinik pergi ke kaunter daftar nama untuk check up, lepas tu doktor timbang si Baby tapi scale takmo gerak sebab ringan sangat huhuhuh! cube plak timbang si MOMO ekh sama gak scale tak gerak... Bile doktor check badan baby dia cakap baby OK nothing serius katanya. Bulu nampak kurang sebab dia melekat antara satu sama lain tu yang nampak macam botak tapi sebenarnya tak botak.

Mase aku tanya ngan doc berapa angaran untuk check up dia cakap consultation RM20 tidak termasuk ubat, tapi bile dah check up semua doc cakap sikit saje so dia just cas untuk ubat sahaja RM5, doc bagi antiseptik untuk disapu kat bulu baby. Ok la klinik ni, selain ade treatment untuk animal ade gak barang-barang lain untuk kucing, anjing & lain-lain. Klinik ni terletak di Sg Chua Kajang, so sesape yang ade haiwan memerlukan rawatan boleh la datang ke sini, harga berpatutan & doc pun friendly.

baru balik dari klinik terus gi beli stand untuk cage

ni dia klinik Happy paws yang terletak di Sg Chua Kajang

Bile dah sapu entiseptik kat budak berdua tu, bulu diaorang pun ok... so bile nampak bulu dia macam kering-kering skit aku sapu la ngan antiseptik tu.. Bulu jadi melekat-lekat sebab dia jilat bulu, mulut plak kotor.. so kotoran melekat la kat bulu. Iskk comot betul anak-anak aku ni, aku picit baru tau!

Ulasan

  1. Hurm.... macam pernah nampak.. ida salu kalau ada prob kucing, terus ke hospital kerajaan je.. hihihi

    BalasPadam
  2. hospital kerajaan tuh kat mane?? kene buat appointment tak?

    BalasPadam
  3. excited bace pasal SG!

    hmm...bile nak dapat ni...hehe

    BalasPadam
  4. eh baby tu ank momo ke cinta, ke mmg sblm ni lg dah ada...

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. anie: survey2 dulu.. bace forum dulu sume.. nnt dah rase ok nnt anie adopt ye.. anie tengok dalam mudah.com.my jual yang murah skit

    BalasPadam
  7. eka: baby tu wife momo eheheh.. kan cinta adopt mase momo dah matang tuh hari..

    BalasPadam
  8. bkan ke bulu xde atas kpala 2 sbb sugar glider jantan dh matang.. baby 2 jantan ke betina?

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan kat kepala tapi kat dada.. baby tu betina sayang

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?