Isnin, 9 Januari 2012

Ubat kurus

Hah ubat kurus la pulak kan.. eheheheh! FIL aku bawak kan ubat kurus untuk aku.. macam tak percaya wokehh! ape ubat kurus tuh?? sedap ke tidak??, bau dia masam.. iye la dah namaya cuka kan, rase dia masam + kelat dah ditambah madu pun still masam.. tapi boleh ditelan lagi la.

Ape khasiat cuka epal ni?? ok mai tengok hasil carian di cik google


Cuka Epal bersama madu herba zaffaran yang diberi oleh FIL

Khasiat Cuka Epal

1. Merangsang pemecahan lemak

2. Melancarkan perjalanan darah

3. Menguatkan tenaga dalaman

4. Meningkatkan kecergasan, daya ingatan, emosi, kreativiti, hafalan dan kepintaran anak-anak

5. Melawaskan usus besar dan kecil

6. Juga berfungsi sebagai: Anti-alergik, Anti-septik, Anti-anemia, Anti-ulcer
7. Masalah kulit seperti jerawat

8. Menghalang penyerapan atau timbunan lemak


9. Meningkatkan metabolisme di bahagian tubuh tertentu

10. Menyingkirkan air berlebihan dan bahan buangan (Pemparitan Limfatik)

11. Melembapkan dan mengencangkan kulit

12. Mencegah dan mengawal selulit
13. Melangsingkan bonggol lemak yang tidak perlu terutama di bhgn perut, tepi dan
belakang lengan, pinggul dan peha


14. Meredakan sakit dan sengal sendi

15. Menurunkan risiko masalah jantung dan barah

16. Mengandungi anti-oksidan yang menjaga kesihatan jantung dan pengelak barah

17. Meningkatkan kesihatan membran paru-paru

18. Meningkatkan kesihatan tulang dgn menambah bahan kimis (boron) padas mineral tulang

19. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dgn mengekalkan tahap kolesterol darah

20. Membantu mengekalkan berat badan yang ideal
21. Menghilangkan stress dan membantu tidur yang nyenyak, dan sebagainya.

Cara nak guna/minum cuka epal, letak air setengah gelas kemudian campurkan 1 sudu kecil cuka epal & 1 sudu kecil madu kemudian kacau & minum..

Banyak kan dia punye khasiat... selain bole kurus boleh gak hilangkan/mengurangkan penyakit... cuka epal ni boleh dimakan dengan madu supaya tak masam sangat.. madu pun ade gak khasiat tersendiri kan?? ni aku mesti cuba sebab FIL yang belikan.. kang takut kecik hati plak :P

p/s: Semalam aku cube minum, perut terus rase sakit nak Be*** hubby pun minum gak.. cuka ni sesuai untuk lelaki & perempuan.

10 ulasan:

  1. Boleh gak nak try ni. Biasa gak dengar pasal cuka epal ini. Biasanya jugak orang campur dgn minyak zaitun utk buat dressing salad.

    Kena makan bila??

    BalasPadam
  2. Cik puan tipah, my FIL pesan minum sebelum tido.. cara dia seperti di dalam entri tu..

    CINTA baru 1st time dengar pasal cuka epal ni.. tuh yang share kat blog

    BalasPadam
  3. Wahhh.. baiknya FIL! hihi... Nak jugakkk... =)

    BalasPadam
  4. eida.. banyak dah ubat dia bagi.. tapi menantu dia ni mmg malas, buah zuriat & debunga kurma tu pun saya tak makan sampai sekarang dah lama gile kot sejak dia balik umrah 3 tahun lepas.. kalau dia tau la saya tak makan mesti dia kecik hati kan??

    BalasPadam
  5. 1st time dengar ni Chinta...

    Baiknye hati FIL=)

    Chinta..nanti update ek perubahannya=)

    BalasPadam
  6. huahua! anie ni tak tau la bertahan berapa lama makannya.. buat nya penyakit M datang lupe terus.

    BalasPadam
  7. first tau pasal cuka epal ni.. banyaknya khasiat!!!

    apapun, demi kesihatan kita jugak kan.. walaupun x sedap, tapi kena kuatkan smgt la utk minum kan..

    BalasPadam
  8. insyallah zana, tengah amalkan ni.. semoga berkekalan ☺

    BalasPadam
  9. a'ah bila nak kena makan nye.. excited juga nak tau

    BalasPadam
    Balasan
    1. ahahah! saya dah x makan sedap x sedap.. masam & bau cuka kuat.. tapi kalau nak makan boleh je.. makan time malam nak tido

      Padam