Rabu, 15 Februari 2012

Mandi Manda Di Kemesah

Ok cite pasal Kemesah plak, sebenarnya aku memang nak ajak anak-anak sedara aku ke Desa Water Park, tapi disebabkan gaji bulan lepas awal & terpakse berjimat cermat *sebab ade sesuatu yang akan muncul tak lama lagi ♥♥WINK-WINK♥♥ maka kami ke tempat yang budget tak berapa mahal & dekat saje.

Pikir punye pikir aku ajak hubby ke Kemensah saje lagipun dekat sangat ngan rumah bebudak ni tak payah nak pusing-pusing. Bebudak tecik ni sume pepagi dah bangun excited nak ajak kami gi mandi manda, dok la asyik tanya "bile kita nak gi mandi" hihihihi! pakcik & makcik dia plak leh lagi golek-golek atas katil mendengki dorang cakap tak jadi pegi... habis meraung la mereka.

Buat alas perut pagi tuh just kukus pau untuk breakfast, kemudian goreng mee untuk buat bekalan di sane nanti, lebih kurang pukul 10 pagi baru bertolak dari rumah. Lebih kurang 20 minit macam tuh dah sampai di sana, orang pun tak ramai so selesa skit la nak mandi manda ☺..

Cara nak ke Kemensah senang saje, korang tau Zoo Negara?? korang masuk simpang Zoo Negara tu & then terus je sampai la jumpe chalet-chalet & sungai-sungai. Actually kat Kemensah ni air dia tak dalam pun sesuai la nak ajak budak-budak mandi, untuk orang dewasa yang takut kedalam air sesuai jugak yer.

Selalu aku pegi kat tempat lagi satu dia cas untuk parking saje RM5.00 satu kereta, tapi kali ni aku nak try plak kat area sebelah kolam pancing tu, kat situ dia ade cas-cas yang tertentu.. paling murah RM15.00 yang ni just sewa tapak saje, RM40.00 sewa pondok yang cas lain aku tak ingat la.. nnt kalau aku pegi lagi aku post harganya yer. Ok kawasan kat sini terjage la, bersih, toilet pun ok takde la seperti toilet di kebanyakan tempat yang lain. Tapi airnya tidak la secantik air terjun yang lain, tempatnya just ada sungai & berbatu-batu skit.

Aku just sewa tapak je, iye la nak bwk budak-budak ni mandi jerk bukan nak berBBQ bagai kan.. makanya memadai sewa tapak saje. Aku x mandi pun kat sini, just bebudak saje yang mandi, suke sangat tengok keseronokan mereka bermandi manda.

si abang menyelamatkan adik, sooo cute

budak tembam tengah melarikan diri daripada jadi mangsa abangnya
Budak tembam dah kene buli dengan abang dia ☺
pakcik & makcik dia duduk kat atas sambil memerhati saje
P/S: selain aktiviti mandi manda kat sini, ada juga aktiviti lasak seperti paintball & ATV disini.

4 ulasan:

  1. Oooo.. gitu ye! Baik! TQ cinta!!! =)

    BalasPadam
  2. macam tuh la, review ape yang patut.. eheheh

    BalasPadam
  3. comey nya yg adik bam bam tu. Hihi :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. sangat kuat makan woo kek dak bam bam tu

      Padam