Period yang berlarutan lagi

Dah lama betul tak update, punye la malas nak update.. sebab takde benda menarik sangat untuk dicoretkan. Lagipun hati ni sedang risau sangat dengan period yang still berlarutan sehingga sekarang, di tambah dengan kerja kat opis yang berlambak-lambak berdouble-double la kemalasan nya.

Hari ni masuk hari yang ke 35 hari darah masih keluar, semalam aku sudah pun berjumpa doktor, tapi hanya doktor biasa saje sebab kalau mau ke pakar kene pegi time kerja. Aku pergi ke klinik di Seksyen 4 Bangi iaitu Klinik Ummi Salihah, hati ni rase berdebar sangat dah la hubby takde menemani.

Ok bile sampai je giliran aku, aku terus masuk bilik berjumpa doktor, aku terangkan dengan doktor pasal period aku *siap bawak buku catitan tarikh2 period lagi tunjuk kat doktor , doktor tu tenang je dengar penjelasan aku dan dia cakap ok sekarang ni adalah mase period awak, sebab darah hari ni heavy kan? dan mengikut kalendar priod awak ni mmg date dia dah sampai. Aku tanya doktor "abis yang selama ni keluar tu bukan darah period ke?" doktor cakap bukan darah tu adalah darah Istihadhah. Doktor terangkan lagi darah istihadhah ni keluar kerana macam-macam faktor, antara nya stress, pemakanan, gaya hidup dsb. Doktor suggest untuk monitor period ni dalam seminggu lagi, kalau still keluar rujuk ke pakar sakit puan. Doktor ade juga terangkan kemungkinan yang aku mengandung tapi aku tak tahu & kemudian gugur tanpa diketahui, bila dalam perut tak habis bersih tu yang darah still keluar sampai sekarang <<< kemungkinan sahaja.

After consultation tu doktor bagi ubat iron ape ntah nama dia (pil perancang) untuk stabilkan hormon & tambah darah, tapi dia tak galakan aku makan sebab aku nak try untuk conceive & nak amik clomid untuk next cycle ni. Doktor mintak aku refer pada Doktor kat klinik suria untuk makan ubat yang dia bagi tu. Selain dia bagi ubat tu dia bagi jugak asid folic *yang ni dia tak terang kan plak untuk ape maybe untuk multivitamin kot.

Semua sekali RM32.00, walaupun dah jumpa dengan doktor hati aku ni still risau sebab masalah yang aku sedang alami ni tak selesai lagi. Sekarang ni nak tunggu hubby ade mase baru la nak ke klinik suria.. korang rase patut tak aku tunggu seminggu lagi seperti yang di suggest oleh doktor Ummi?

P/S: sejak dari semalam period aku sudah heavy balik, adehhhhhh! pening nya dengan period yang mcm ni.. nak semai benih pun tak senang, hubby nak semai benih pun tak lalu!

Ulasan

  1. Lamanya chinta,
    sy paling lma pun 15hari, itu pun da sgt wisau...

    Kalo xnk tunggu dulu,
    p tgk doc lain pun ok gak,
    apa doc tu kata

    BalasPadam
    Balasan
    1. :( yup anie saya memang sangat risau.. kesian gak ngan orang rumah.. sebab tak tau sama ada tu haid or darah penyakit..

      nak nanges pun ade tau :(

      Padam
  2. Cinta, terus g Klinik Suria tu la... Ida pernah lalui apa yg cinta lalui ni.. period lama.. tp selalu doktor mesti kata itu darah Istihadah la apa la.. ishkkk... G pakar lagi senang.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. iye ke eida?? risau la.. takut pun ade, mintak2 takde ape2 la kan? agaknya ni la sebab cinta susah nak pregnant ni..:( adeh tetibe terase loser plak :P

      Padam
  3. Chinta, akak advise pegi la hosp atau pakar. Bahaya oh. Kita tatau apa penyakitnya kan. Toksah tunggu2 lagi.

    BalasPadam
  4. sis chinta,sis mcm kte jugalh...kte pun period yg lma sampai 2bln tau wlau ia tk kuar byak,kte dh brapa kali jumpa dok tpi still jga mcm nie,nie bru 1minggu dh bhenti period,lpas tu rabu lpas period g,sampai 4kali tukar pads...pening juga bla mikir masalah nie

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la.. inna kene gi doctor cek.. takut ada yang tak kena.. saya dah cek n dia bagi ubat perancang

      Padam
  5. salam sis chinta,kisah nie mcm kte jugalh...kte sampai 2bln period,kte dh jumpa dokt pun tpi still juga mcm nie,pening dibuatnye...nie bru je 1minggu dh bhenti period,rabu nie tdi tetiba period g,tak tau knapa blh mcm nie,nk ade baby pun susah,kadang2 4kali dlm 1 hari btukar pads...

    BalasPadam
  6. asslamualaikum sis.. saya juga mcm tu, perid skrg dah lebih 18 hari.. tp saya belum kahwin.. akak saya dah kahwin, dulu dia mcm saya.. tp sekarang dia makan shaklee.. katanya berkesan dah stabil jd 7 hari. saya belum try.. Risau sgt period lama2 ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. gi jumpa doktor dear.. maybe doc kan advise something

      Padam
  7. as salam.. maaf yer nak tnya.. apa certa status awak sekrang? masih alami masalah yg sama?

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam.. sekarang ni dh jarang period lama

      Padam
    2. sis ada makan ubat apa2 ke untuk stopkan period...

      Padam
    3. saya x makan ubat tu pun dear

      Padam
  8. sy pon alami masalh yg sm...apa perlu sy buat..dgn ank yg masih kecil

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya cadangkan puan ke klinik untuk tau punca nya.. saya ada PCOS sebab tu period jadi pro long mcm ni

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?