Pil Perancang Keluarga

Kandungan
Mengandungi hormon-hormon tertentu yang berfungsi mencegah kehamilan

Jenis
- Pil kontraseptif berkombinasi yang mengandungi hormon estrogen dan progestogen
- Pil progesteron sahaja (khusus untuk ibu yang menyusukan anak)

Bagaimana pil bertindak mencegah kehamilan?
- Menghalang pengeluaran telur (Ovulasi)
- Lendir serviks menjadi pekat & kental dan ini menghalang pergerakan
- Menjadikan keadaan di dalam ruang rahim tidak sesuai untuk janin melekat

Keberkesanan
99%

Faedah
- Berkesan jika diamalkan mengikut peraturan.
- Mengurangkan sakit senggugut dan darah yang keluar semasa haid, seterusnya dapat mencegah masalah kekurangan darah.
- Melindungi dari endometriosis, kanser ovari, kanser rahim, jangkitan pelvik dan kehamilan ektopik.


Kesan Sampingan Mungkin Berlaku Seperti

- Pengeluaran haid yang sedikit
- Pening Kepala
- Loya 
- Moody
- Payudara terasa tegang dan kurang selesa
- Berat badan mungkin meningkat

Bilakah Penggunaan Pil Boleh Dimulakan?
- Pada hari 1 - 5 hari permulaan haid
- Bila - bila masa dengan syarat tidak hamil
- Bagi yang menyusukan bayi,maklumat lanjut boleh didapati dari petugas klinik.

sumber: http://www.lppkn.gov.my/lppkn/images/pdf/pil.pdf

Ulasan

  1. Cinta makan pil perancang ke?

    BalasPadam
  2. yup.. doc cakap situasi saya bukan merancang tapi menstabilkan hormon or period

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Cuci gigi di Klinik Pergigian UTC Sentul

Percutian ke Koh Samui - Part 1