Isnin, 20 Februari 2012

Rawatan Kesuburan

Rawatan kesuburan di Hospital Pusrawi SMC, Kajang

Memandangkan period aku yang sangat ting tong, kejap-kejap ade, kejap-kejap takde maka aku mengambil keputusan untuk ke Klinik Pakar aje. Mulenya mau ke Klinik Suria aje, tapi memandangkan hari Jumaat hari tu aku call takde orang yang angkat *maybe jugak tutup maka aku ke klinik lain.

Hari-hari aku dok lalu kat Hospital ni, kat situ memang dia ade tulis "Pakar Wanita" makanya suggest saje hubby ke sini. Macam biase firstly daftar kat kaunter sebab tak pernah datang kan?? isi form sume, tunggu giliran untuk di panggil. Sebelum daftar tuh aku tanya doktor pompuan ke doktor lelaki, alhamdulillah nurse cakap doktor pompuan, takde la nak malu sangat kan..

Giliran nak tunggu tak lama, kejap je nama aku dah di panggil tak sampai pun 1/2 jam. Aku cerita dengan doktor masalah aku & dia cakap period aku yang lama ni di sebabkan hormon aku yang tak stabil.  Doktor cakap dia nak scan aku untuk tau masalah lebih lanjut tentang aku. Dia buat TVS & dia tunjuk ketebalan dinding rahim aku, dia cakap dinding rahim aku tebal sebab tu la aku still bleeding if aku tak datang jumpa doktor hari tu aku akan still bleeding sampai la dinding rahim aku menipis. Kemudian doktor tunjuk kan pulak ovari belah kiri & belah kanan, dia cakap aku ni PCOS sebab nampak biji-biji kecil di ovari-ovari aku. Dia cadangkan aku mengambil pil perancang untuk menstabilkan period aku semula.

Doktor cakap tak perlu risau pasal PCOS tu, tak semestinya PCOS tu tak boleh mengandung... PCOS ni boleh je mengandung tapi kene ikut procedure yang doktor akan bagi nanti.. dia cakap "kita stabil kan period you, kemudian baru kita bincang pasal treatment". Aku cerita pasal aku gi buat treatment kat Klinik Suria tu, aku cakap la doktor tuh dah bagi clomid... doktor tu cakap sepatutnya doktor di klinik suria tuh kene pastikan masalah sebenar aku dulu baru la bagi clomid *merase menyesal plak ke klinik suria.

Macam biase doktor menasihatkan turunkan berat badan, dia suruh aku makan pil tambah darah yang aku dapat dari klinik ummi tuh hari & dia bagi pil perancang untuk stabilkan period aku kembali. Doktor cakap makan pil perancang ni selama 21 hari berturut-turut kemudian berhenti 7 hari & hari ke lapan makan semula selama 21 hari berturut-turut. Lepas tu datang balik jumpe dia semula, dia cakap jugak make sure mase datang jumpe berat badan dah turun☺. Doktor tuh jugak ade bagi kalendar kecik untuk aku tandakan waktu-waktu period aku.

Lepas abis consultation tunggu la ubat, nama aku pun di panggil dia cakap total semua sekali RM75.00, dalam hati wooooo! murah gile, tapi pelik kenapa takde ubat? rupanya doktor lupe nak tulis ubat untuk aku. Setelah ditambah ubat tuh jadi RM174.00, ubat dia mahal woooo RM99.00 untuk 2 kotak, pil perancang je punnn.. kalau beli kat luar mesti lagi murah kan?? OK! sudah jangan membebel pasal mahal ke murah *untuk anak sanggup segalanya.. lagipun claim saje di opis.. sebab tak tulis pun rawatan ape yang aku buat hehehehehhe!

Ok next treatment aku akan sambung aje kat sini, tidak lagi di Klinik Suria... dekat pun dekat ☺.



44 ulasan:

  1. Kan...ada hikmah disebaliknya. Maka, laluan utk treatment makin mudah.
    Btul apa doktor Pusrawi tu kata, suppose doktor kena tau apa poblem kita dulu. Sbb tu akak tak penah dpt lagi clomid apa seme tu masa kat LPPKN since akak tak proceed lagi utk next step kat LPPKN tu. Mmg tak penah lagi akak makan clomid bagai tu. Tau nama je. Huhu.

    So, Cinta toksah duk risau sgt yer. Tp untung la bleh claim. Cam govt ni, rawatan kesuburan tak cover unless amik kat LPPKN. Tp kat LPPKN tu laju nau plak nyer, trus IUI. Huhu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup ade hikmah di sebalik segalanya, period yang panjang tuh bagi petanda kepad kita ☺.

      doktor yang kat suria tuh maybe ramai patient agaknya tuh yang bagi clomid terus.

      claim tuh sebab takde tulis ape2, kalau ade tulis tentu-tentu tak boleh claim.. hohohoh!

      Padam
  2. hai cinta...owah ada pcos..chinta dulu pun macam tu gak pas2 dr bg pil perancang untuk 3 bulan berturut2...pas2 terunkan berat badan mmg peyed kita akan ok je tau..semoga Allah mempermudahkan urusan cinta ek dear

    BalasPadam
    Balasan
    1. iye ke chinta?? ngah semangat nak turunkan berat badan ni.. dapat turun 1-2 kilo pun dah cukup alhamdulillah

      Padam
  3. Usaha tangga kejayaan. Insya'allah...ada rezeki tu nanti ☺☺

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq kak fiza semoga berjaya macam kak fiza jugak.. tau-tau dah 6 bulan... hikhik!

      Padam
  4. beb...chaiyok...semuge urusan ko dipermudahkan yeh....

    =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq akish.. saya pun sangat mau baby yang comel mcm hadif..☺

      Padam
  5. Gud luck cinta..insyaAllah DIA akan permudahkan jalannya.. amin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. aminnn, semoga yana pun sama k.. dipermudahkan segala jalan untuk mendapatkan nya..

      Padam
  6. gud luck cinta..tapi kan cinta ima dulu pun doc kata ade PCOS tapi dia tak bagi pil perancang sebab kita nak conceive kan so dia bagi turun darah dulu lepas turun darah terus bagi clomid..ini penganlaman ima la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. eimma, mase saya pegi klinik ummi pun dia cakap mcm tuh gak dia tak bagi pil perancang sbb kita TTC kan.. pas consult ngan pakar ni dia cakap you kene jugak amik pil ni, sebab bukan untuk merancang kes you lain you kene stabil kan period bile period dah stabil & ok baru pikir pasal treatment nak dapat anak tu. Dia cakap kalau sekarang ni pun you buat treatment tapi period tak stabil tak gune jugak, sebab kita tak tau time subur kita bile... bile dah tau time subur baru senang nak pantau. macam tuh la yang doc consult ☺

      Padam
    2. O yeke..ok2..takpe..yang penting kita berusaha ke arah tu..maybe lain doc lain cara dia..mmg ima selalu dengar macam2 pendapat dr melalui pembacaan kawan2 yang pernah pegi jumpa gynae jugak..ada doc dia buat cara lain ade doc lain pulak kan..ape2 pun cayok2..ima harap semuanya berjalan ngan lancar ok.. :)

      Padam
    3. tuh la.. mcm-mcm kan.. eheheh

      Padam
  7. Chaiyokkk cinta!! KPJ ek? Dgn umah ida pun dekat jugak... nnti ida share psl ida ke klinik tempoh hari ye... Take care dear bebeh !! hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah KPJ plak.. dekat pun dekat eida... tak sabar nak tau treatment eida plakkkk! cepat tau

      Padam
    2. ekh bukan KPJ tapi pusrawi kat Jalan Bukit Nun!

      Padam
  8. salam..all d best yer..btw, nak tanya, doc dekat hospital pusrawi tu lelaki ke perempuan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Doktor perempuan... tuh yang tak segan, tapi tersegan ngan hubby plak sbb dia ade kat situ dengan keadaan yang terang benderang.. maluu

      Padam
  9. sekurang2nya cinta da tau apa masalah cinta.. InsyaAllah, after raining there will be a rainbow. Kte doakan yg terbaik utk awk :)

    BalasPadam
  10. Cinta,
    Saya pernah makan pil perancang jugak utk 1 cycle..sbb masa tu period tak betul. Dont worry..follow apa nasihat doc..Insya Allah ada rezekinya nnt..

    BalasPadam
    Balasan
    1. iye ke?? harap-harap begitulah.. semoga PCOS ni tak menjadi masalah nak dapatkan baby tu

      Padam
  11. praying for the best for u dear..insyaAllah =)

    BalasPadam
  12. zana doakan yg terbaik utk cinta.. hope ada rezeki cinta lepas ni.. insyaAllah..

    BalasPadam
  13. Cuba jumpa Dr Edmund Lai kat Pantai Cheras. Alhamdulillah kami dapat twins selepas almost 2 years trying.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wow! menarik.. mahal x rawatan?? mari la share ngan kami TTCian

      Padam
  14. Jemput ke blog memoirs of aqualily for details.

    BalasPadam
  15. I have read so many posts on the topic of the
    blogger lovers except this post is in fact a nice piece of writing, keep it up.
    my page - Ovarian Cyst Miracle

    BalasPadam
  16. salam, hi macam mana sekarang..ada berita gembira?

    BalasPadam
  17. sy pn ade pcos..bru kelmarin thu coz sy g kpmc.. doc bg pil turun darah n clomid.. after 9 hari period dye suh scan lg.. tgk telur turun ke x.. n dye akn bg tarikh subur..hope sume ok

    BalasPadam
  18. awk msih mkn pil perancang ke??

    BalasPadam
    Balasan
    1. pnie pegi kpmc kajang ke?? mahal tak rawatan kat situ? my friend dah 3 orang kat situ semua menjadi... ingat nak gi kat situ pulak la..

      saya dah tak makan pil tu sbb dah lama tak follow up

      Padam
  19. aku ada juga pcos. u all tak ada tumbuh bulu2 yang tak berkenaan ker mcm lelaki? :(

    BalasPadam
  20. Insya-Allah, moga Allah swt mengurniakan cahayamata buat cinta dan suami.Silakan ke www.enutricity.com.pelbagai info tentang kehamilan untuk dikongsikan.tq

    BalasPadam
  21. saya singgah sini mencari info pasal PCOS. saya seorang pesakit PCOS. kawen hampir setahun tapi belum rezeki. InsyaAllah, kite semua akan dapat rezeki kite nanti. Amin..

    Yang lain - lain, jangan pertikaikan pasal rezeki. Allah sebaik-baik perancang. Suami dan family kena banyak support.

    BalasPadam
  22. saya berumur 30 thn..ada seorang anak perempuan berumur 7 tahun..pada jan 2010 saya keguguran n telah lakukan d&c..slp tu haid saya x teratur shgga skarang...jan 2014 saya ke kpj kota bharu n doc telah lakukan viginal scan n keputusannye saya phidap pcos..doc bagi saya ubat chlomic dgn dose palig tinggi sehari 5 biji..lps 2 mggu doc buat viginal scan sekali lg dan hasilnya tetap sama telur saya masih x berkembang n doc syorkan saya jalani ovarian drilling dgn kos 10ribu..buat masa skarang saya x mampu n skarang saya ambil gla shaklee...kalau ada hos yg lebih murah utk lakukan ovarian drilling tlg suggeskan pada saya

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam.. buat OD mmg kos mcm tu kat hospital swasta, cuba rujuk ke hospital kerajaan maybe harga lebih murah. Lagi satu kalau puan ada insurans inshallah insuran boleh cover cuba semak semula dengan company insuran. Harap boleh membantu :)

      Padam