Coretan hatiku untukmu!

Ketika ini sudah beberapa kali aku memaafkan dirimu, tapi kesalahan sama yang dilakukan olehmu. Apa salahku & dosaku selama ini terhadap dirimu? segala tanggungjawabku di lakukan sebaik mungkin.

Pada tika ini & saat ini aku hanya mampu berdoa agar aku dapat bersabar & meredhai ape yang sedang berlaku, walaupun hati ini hancur & tawar buat sekian kalinya, aku tetap bersabar & berusaha menyelamatkan hubungan ini.

Andai kata hal ini terjadi lagi, maka antara kita memang sudah tiada jodoh.. aku terpaksa merelakan dirimu pergi & aku harap begitu juga kamu. Peluang yang diberi adalah peluang terakhir untukmu kerna hati ini masih tetap sayangkan kamu.

Aku tahu diriku banyak kekurangan, andainya "yang satu" itu dijadikan punca maka bertaubat la kamu kerana itu semua milik ALLAH dan kita sebagai manusia tidak boleh pertikaikan nya. Kita sebagai manusia biasa hanya mampu berusaha dan hanya ALLAH sahaja yang menentukan segalanya. Kalau ALLAH berkata "kun fa ya kun" maka jadi ia...

Walaupun aku sudah memaafkan kamu, tapi didalam hati & fikiran ni masih terbayang-bayang ape yang telah terjadi. Memang aku terpakse menidakkan perasaan aku kerana aku sangat-sangat sayangkan kamu & aku percaya setiap kejadian mesti ade hikmah dia sebaliknya.

Jika si dia terbaca coretan ini tolong pahami la..

Ulasan

  1. Kenapa nih...mcm berat jer. Kalau nak bahu utk di sandarkan kesedihan, akak ada. Masalah kita lebih kurang jer.

    Banyak kan bersabar...berdoa.

    BalasPadam
  2. kak, kalau ade button like saya akan like.. kita redha dengan ketentuan ALLAH.. hanya dia yang tau terbaik buat kita.

    BalasPadam
  3. sabar zue setiap dugaan ade hikmahnya..kita sama je yg penting kita kena kuat..ok takmo sedih2 tau..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?