Ana Ikan Bakar Petai, Bandar Baru Bangi

Korang pernah dengar pasal restoran ni tak? aku ni dah seminggu mengidam nak makan seafood, hari-hari dok berbuih mulut cakap ngan hubby nak pergi ke umbai untuk makan seafood, tapi tak terpergi memandangkan umbai tu jauh ke selatan.

Semalam tetiba abang ipar aku whatsApp tanya pasal Ana ikan Bakar Petai, dia terbaca dalam paper Metro pasal restoran ni. Dia ajak gi dinner kat situ, kalau dah dia ajak SURE aku laju je sebab memang kebiasaannya memang makan FREE lorr ☺.

Lepas sembahyang Maghrib mereka semua bertolak dari wangsa maju, aku just tunggu kat Bangi je.. dekat gile kot ngan rumah aku. Sampai je kat sana orang beratur panjang... tempat duduk pun takde, kene tunggu orang lain habis makan baru leh cepat-cepat berebut tempat.

Sebenarnya aku pernah dengar pasal Ana Ikan Bakar Petai ni, dulu pernah masuk dalam rancangan "Warung Kita" tapi yang masuk TV tu kat Tanjung Lumpur, Kuantan.. kali ni dia bukak kat Bangi. Aku tak pasti plak bila kewujudan restoran ni kat Bangi.

Disebabkan Abang ipar aku yang belanja makanya dia saje la yang pilih menu.. menu wajib adalah sotong goreng tepung ☺, menu lain... lala masak sambal, ikan pari bakar petai, ikan siakap bakar petai & ikan bawal bakar petai. Selain daripada seafood ade gak jual sata & keropok lekor. Ikan bakar ni dicicah dengan sambal kicap ataupun air asam. Air asam dia memang terbaik! aku suka sangat air asam dia sebab ade rase kedondong skit, memang ade kelainan. Kami order 1 jug air tembikai & 1 jug air orange juice.

Huh! memang kenyang gile kot makan kat sini.. so sesapa yang nak makan fresh seafood yang best (tak jauh dari KL) leh aaa makan kat Ana Ikan Bakar Petai, Bandar Baru Bangi. Tak payah la nak ke Bagan Lalang or Umbai lagi. Tapi korang jangan bandingkan harga dengan Bagan Lalang or Umbai plak sebab kat sini agak mahal skit. Total harga untuk lauk yang kami order adalah RM260.00 *korang rasa mahal tak?... Aku rase kalau kami tak order air juice maybe harga dapat dijimatkan lagi sebab harga untuk 1 jug juice ialah RM30.00 so 2 jug RM60.00... makanya sesapa yang nak jimat leh la order air suam aje.. rasenya percuma je kot.. hihihihih!

Ikan Bakar Petai ni terletak di Bandar Baru Bangi, bersebelahan dengan Balai Bomba Bandar Baru Bangi.


gambar cilok dari pakcik google
P/S: Gambar akan diupdate nanti sebab lupe nak bawak cable

PERHATIAN: Saya ada dapat comment maybe dari pemilik kedai Ana Ikan Bakar, untuk pengetahuan semua harga untuk satu jug jus buah hanya RM10, & satu gelas jus buah RM2.50.. comment tentang harga jus buah ada di bawah ye... tq!

Ulasan

  1. Balasan
    1. eida.. dah dekat ni boleh la pegi

      Padam
    2. Pembetulan, Jus buah hanya RM10 satu jug,utk 4 orang atau RM2.50 segelas. Jika kami tercaj lebih, sila hubungi saya di 0192177668-aiman

      Padam
    3. o0o0o iye ke? macam mana nak claim balik? resit pun kita takde.. takut korang tak percaya. Takpe nanti saya betulkan balik info diatas.. tq

      Padam
  2. Sy kalau p kuantan, wajib makan sini! Hehe. Sama dgn ida, lapar trus. Dh la xblh mkn sotong. Mauuuuuuu!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. yani yang ni branch dia.. so leh la try kat sini, ramai orang kata rasa dia x sama ngan hq dia.. try la yani nnt update ape beza dia

      Padam
  3. penah mkn yg kat tjg lumpur tu. tapi... bagan lalang jugak la yg bes.. tatau naper.. tp sker kat sana gak.. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. kat Bagan Lalang & Umbai memang terbaik, harga murah sedap lagi.. pastu keadaan ditepian laut menambahkan lagi selera ☺

      Padam
  4. kite dah makan kat sini 2 kali..kite rasa harga kat sini lebih murah dr bagan lalang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. iye ke mai? hmmmm aku rase mcm mahal plak

      Padam
  5. dah beberapa kali g sini..suka ikan bakar petai..yang tak best kat sini layanannye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. dia agak kelembabpan maybe sebab ramai orang kot.. tapi air asam memang terbaik wokk

      Padam
  6. bestnya seafood!! waa teringin la pulak nak pergi makan kat sini..nak balik pahang jauh sgt..kat sini pon ok la melepas rindu..hehe

    BalasPadam
  7. chinta xpernah lak makan kat cni...tapi selalu lalu je tengok ramai je orang...macam mahal ckit kot...tapi kira okey la kalau sedap..nak try jugak lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah.. ramai btol orang, maybe mahal skit kot.. tapi jimat tang minyak & tol.. kira-kira sama je kot kalau ke umbai & bagan lalang

      Padam
  8. rumah kat bangi ke? sama la kita...

    BalasPadam
    Balasan
    1. rumah saya kat Kajang.. dekat je ngan Bangi.. Sizuka dok mane?

      Padam
  9. nak wasap2 jugak..boleh gebang pasal kisah TTC dgn detail... boleh..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh.. mai la.. kat email pun boleh, saya xde lah berTTC sangat cuma usaha-usaha apa yang patut.. tapi sampai sekarang xde pun nampak kesan nya.. :(

      Padam
  10. nak try tp cam mahal je . ke ok je harga dia ek :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. try la kalau makan berdua.. murah jer bwh rm50

      Padam
  11. Balasan
    1. darling.. masa kitaorang pegi tu dalam 8 orang

      Padam
  12. kt cni mmg best.service pn okay r even rmai org.klu nmpk ade pkcik tukang sapu2, tukang amek oder n buat kje sume.tu sbnrnye owner dye.terbaek n sempoi pakcik tu. :)

    BalasPadam
  13. aslmkm..semua..ana ikan bakar nii mmg asalnye di kuantan tanjung lumpur..disebabkan perniagaan yg semakin berkembang dan pelangan2 kebanykn nye juga dtg dr kuala lumpur n lembah kelang..jd pemiliknye cuba memenuhi pemintaan pelangan n peminat ana ikan bakar dengan membuka cawangan di bangi.ana ikn bakar mmg terkenal ngan ikan bakar petai n sambal kicap/air asam nye..yg mmg lain dr yg lain laa . soal harga nii brgantung pada jenis ikan yg dipilih laa. tp kalau mahal sikit tu asalkn mkan berqualiti n sedap biasanya pelangan tk merungut laa kn..disebabkan itu laa ramai pelanggan di kalangan org cina suka mkn di ana ikan bakar..soal harga mereka tk kisah janji memuaskan hati mereka ngan makanan yg sedap..layanan tu kekdang mmg laa ada maslah cikit terutama waktu puncak ramai pelangan kena bnyk2 bersaboo laa yee..terima kasih kepada rakan lama saya En Fairuz adik ipar kepada pemilik ana ikan bakar kerana memperkenalkn restoran ana ikan bakar..moga majau jaya n berkembang lg..tq

    BalasPadam
  14. Servis xok n mahal n xsdp. Sorry ye sbb i pnh mkn kt situ. Pelayan dia da timbang lala sblm diorang masak. Smpai kat kaunter tanye balik mkn lala tadi sikit ke byk atau separuh. Ntah ape2.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?