Rabu, 13 Jun 2012

Langkah-langkah Rawatan Kesuburan

1. Scan perut dan juga vaginal scan untuk isteri & sperm test untuk suami. Sekiranya ada masalah pada rahim, lakukan pembedahan untuk membuang cycst atau pun fibriod.
2. Buat blood test pada isteri dan suami. Ujian darah ni untuk tentukan tahap hormon dalam darah.
3. Buat HCG ( X-Ray rahim ). Sakit sikit procedure ni sebab ada cecair dimasukkan dalam rahim. Biasanya ada 40% patient yg jalani prcedure ni akan pregnant dalam masa 3-6 bulan lepas procedure sebab tiub akan terbuka semasa procedure ini dilakukan.
4. Ambil ubat yang sesuai setelah habis ujian darah. Ubat subur akan diberi sehingga 3 cycle sekiranya masih gagal secara natural.
5. Buat IUI sehingga 3 kali procedure sekiranya belum berjaya dengan ubat subur.
6. Buat IVF sekiranya semua procedure telah dilakukan.
7. Tawakal kepada ALLAH dan berdoa.

SENARAI RAWATAN MODEN

1. Menkaji sejarah kitaran haid (regular atau tidak) serta sejarah keguguran.
2. Buat vaginal scanning (scan melalui vagina) untuk melihat sebarang abnormality pada ovari dan rahim (Seperti entry sebelum ni) 
3. Check darah pada hari 21 dipanggil D21 untuk melihat kandungan hormon dalam badan.
4. Ambil air mani suami untuk melihat kualiti dan morfologi sperma.
5. Sekiranya semua diatas normal HSG akan dibuat bagi melihat samada tiub fallopio iaitu tempat laluan sperma utk bertemu telur itu tersumbat atau tidak.
6. Sekiranya HSG juga normal  makan CLOMID up to 3 cycle pada hari kedua period, pada hari ke 14 scan untuk melihat perkembangan telur.
7. Gynae akan cucuk pregnyl atau makan pil dexa utk matangkan telur dan telur akan kluar sarangnya (korpus luteum) menuju ke fallopio untuk bertemu sperm.
8. Jika dah makan CLOMID lebih dari 6 cycle, rawatan IUI akan dilakukan, sperm akan disuntuk ke rahim di mana telur pada masa itu telahpun matang dan membesar dan sesuai utk disenyawakan. Kebiasaannya gynae akan cuba up to 5 kali.

Sumber: Email

5 ulasan:

  1. Waaahhh... akhir akhir ni cinta sangat baik kongsikan semua hal hal yg berkaitan.. Ida mintak share yer... =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak tau nak cerita pasal ape.. so share la info sikit

      Padam
  2. Terima kasih share. Berguna maklumat ni utk pasangan yg sedang berusaha untuk dapatkan zuriat mcm saya. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sesama.. saya baru wat step 1 x tau bile nak smabung step yang lain :(

      Padam
  3. wahhh gud info cinta.. keep it up..

    thanks =)

    BalasPadam