Akhirnya.... alhamdulillah! Syukur~

Sebenarnya hari jumaat tu hari memang aku nak menyerah diri ke Doktor nak gi tanya nape la Ms P aku tak datang menjengah! Tibe kat sane parking kat klinik Pusrawi pulak penuh & setelah menunggu hampir 1/2 jam takde jugak parking aku pun blah.. Ingat keesokkannya nak pergi ke klinik awal-awal pagi tapi kenderaan pulak takde, hubby bawak kete gi keje... nak naik kete lagi satu malas plak nak jalan kaki sampai ke depan, makanya tangguh la hasrat aku nak jumpa doktor, lagipun memang aku malas nak telan segala ubat yang doktor bagi :p.. kalau tak kerana Ms P tak muncul-muncul memang malas nak gi jumpa doktor.

Semalam balik dari keje aku nampak la spotting, bile nampak perghhhh! rase HAPPY tak terkata.. iye la rase rindu kat Ms P tu bukan kepalang dah lebih kurang 2 bulan tak jumpa kan , tentula HAPPY! *kalau tak datang 9 bulan terus aku takde hal ☺.. ni setakat tak datang 2-3 bulan tu yang membuatkan aku risau selalu..

Dan... tibanya hari ini akhirnya Ms P datang melawat aku... SYUKUR Alhamdulillahhhhh! dia datang dengan lancar sekali... tanpa rase sengugut dan sebagainya.. Alhamdulillah..

Lepas ni boleh la aku gunakan OPK yang aku beli kat HamilComel tuh hari... *suke..suke..suke! tak sabar nak tengok double line tanda hari kesuburan.. ade ke tidak erk kalau period tak menentu ni? harap-harap ada la kan??

Ulasan

  1. zana pun dah lama x period.. hohohoho...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hah.. dah cek UPT blom? ntah2 rezeki dari tanah suci :D

      Padam
  2. YEAH!!! Dah datang dah.. Ida jugak yang tak datang datang lagi... huhu.... CD34 hari ni... Hari hari ida test (even ada jugak yg terlupa) tapi takde pun dapat double line?? Pelik ni!

    BalasPadam
  3. ewahhhh dia datang... dgn lenggang lengguknya... dia datang.... tet tet tet...:)

    BalasPadam
  4. macam ska plak peyed sekarang memang on time tiap2 bulan, tapi bulan lepas peyed panjang dlm 16 hari, bersih seminggu lebih jer dh peyed balik..tapi ikutkan oklah kot sbb bulan lepas 9/6, bulan nie 8/7...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ska, sama la saya ni pun x tau peyed panjang ke x ni... nampak dia lengang lengkok ni, gaya nampak macam panjang :(

      Padam
  5. salam-
    sue pon pernah 3 bln tak PEOD-tension sket sb dok tguu memanjang-akhirnya BERISI (tak lama-Miscarriage-bukan REZEKI Sue),sedih mmg sedih tapi pas pantang SUe PEod balik n guna OPK-alhamdulillah dapat BF+VE for OPK-akhirnya BERISI balik sampai skarang---
    ChaiyOkkk BERUSAHA lah insyaallah bila dah REZEKI akan ada nanti--Bl OPK byk2 tau-cek suhu and start CD10-cek OPK time 1pm--try laa.. cadangan Sue jer...nak tolong kawan2 TTc sekalian..:)

    BalasPadam
  6. salam sue,

    Alhamdullilah akhirnya sue berjaya jugak pregnant.. insyallah saya akan ikut nasihat sue :D

    BalasPadam
  7. Lor...ingatkan apa lah tadi. Good luck zu...usaha tangga kejayaan. Jgn lasak2 sgt.

    Akk training 23-24/7 nih, bulan posa lah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihihih... alor bulan puasa mane leh makan-makan, takpe la next time

      Padam
  8. salam sis..kita pn period lambat nk dtg..mmg cycle x btl..kdg2 dtg period 4 bln skali..ni pun dah 3 bln x period ni..bila cek UPT, result -ve.bleh recommend x nk buat rawatan mcm ne?stress rasa )=

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?