Malang tak berbau

Hari jumaat ritu, hubby aku call, tetiba tanya aku leh EL ke tak? aku tanya la nape dia cakap abah jatuh kat ladang. Terus berderau darah takleh nak buat keje. Risau betul, *aku ni orangnya memang cepat panic & risau. Aku terus mintak EL, settlekan keje skit & terus gi umah kakak ipar aku kat Wangsa Maju. Hubby aku takleh nak amik cuti sebab dia baru sangat tukar kerja so memang tak boleh nak amik cuti sesuka hati, tu yang dia mintak tolong aku balik kampung bawak ipar-ipar aku sekali. Kakak ipar aku yang dalam pantang pun aku hangkut jugak balik ke kampung. Biras-biras aku semua ade kursus so aku la yang kene drive dari KL-JENGKA.

Sementara nak tunggu anak sedara aku balik sekolah aku pegi carefour jap beli barang-barang dalaman & berus gigi. Lepas settle sume terus balik ke Jengka, Alhamdulillah sampai kat sana dalam pukul 5 lebih macam tu, sedih bila tengok tangan abah sebab memang nampak tangan dia terkehel. Mula-mula dia nak urut je, tapi sebab takut ade bahagian yang patah kan.. kami semua pujuk abah pegi x-ray kat Hospital. Sebelum pergi hospital isi perut jap, sebab memang dari opis tak makan apa-apa lagi. Lepas siap semua terus ke hospital bahagian kecemasan. Sampai kat sane daftarkan nama abah & terus masuk ke bahagian separa kritikal.

Doktor cakap tulang tangan abah dah lari dari soket dia *hmm paham tak? kalau x paham paham-pahamkan la ahahah! doktor bius badan abah & masuk kan balik tulang tangan yang dah lari tu, lama juga abah nak sedar. Bila abah dah sedarkan diri, abah dah tak rasa sakit sangat sebab kedudukan tulang tu dah dibetulkan. Sebelum keluar hospital doktor pesan abah tak boleh angkat barang yang berat-berat. Doktor cakap kemungkinan untuk tulang tu keluar balik adalah sangat tinggi kerana faktor umur abah.

Sedih sangat bila tengok abah berbalut-balut, sebelum ni abah pernah patah kaki jatuh longkang.. time tu sedih jugak. Berapa bulan abah bertongkat, pastu makan bubur je, memang sedih la. Kali ni tangan terkehel plak. Harap sangat abah cepat sembuh & sihat selalu.


Tangan abah yang berbalut :(

Ulasan

  1. Mudah2an cepat sembuh. Berehat byk kat rmh, bagus anak2 bila abah sakit semua pakat balik. Alhamdulillah.. Anak2 yg sangat perihatin pd ibu bapa. :)

    BalasPadam
  2. Oooo.. itu yang cinta kat Jengka minggu lepas ye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah blk jengka minggu lepas, x senang duduk eida oi bila kenangkan FIL ni..

      Padam
  3. Ya ALLAH seriau nya dengar.part terkeluar dr soket tuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup masa jatuh, dia tahan badan dia ngan tangan tu yang terkehel tu.. sian abah

      Padam
  4. ingatkan cinta balik dengan hubby sekali..rupanya drive sendiri..nasib baik ada cinta..kalau nana yang kena drive sendiri balik kg hubby ka tkedah nun..tak tau la macam mana..huhu

    semoga FIL cinta cepat sembuh ye =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya balik dulu ngan ipar yang lain, sebab yang lain x boleh drive.. hubby balik hari sabtu tapi ahadnya semua balik sekali ☺.. nasib baik ade orang pandai drive kalau xde macam mana ngan abah? sian dia..

      Padam
  5. semoga abah cinta cepat sembuh ek..ngeri dengar

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?