Rabu, 5 September 2012

Betul ke?

Betul ke ayat salah seorang kawan aku ni? "orang takde anak ni bukan nye SUSAH".. SUSAH disini membawa maksud sentiasa berduit. Aduh aku yang dengar ni pun sakit hati, walaupun ayat tu tak ditujukan terus kepada aku tapi bila ayat itu ditujukan kepada rakan baik aku maka aku pun turut terasa! Bak kata pepatah cubit peha kiri peha kanan pun terasa.

Kawan baik aku ni mengadu kat aku yang dia sakit hati bile salah sorang kawan aku cakap macam tu kat dia.. kawan aku ni selalu la pergi melancong sana sini, maybe yang kawan lagi satu ni jelous sebab tak pernah kemana-mana dengan alasan dah ada anak. Hatta sekali pun engkau jelous tak payah la nak sakit kan hati kawan tu kan! biar la takde anak pun janji dia HAPPY dengan kehidupan dia sekarang ni.. Engkau happy ke? jangan nak cemburu sangat dengan kebahagian orang lain ye!

Aku sangat tidak setuju dengan ayat dia, memang kita la kita ni takde anak... tapi usaha yang kita lakukan korang ade nampak ke? semua tu memerlukan duit.. bukan FREE-FREE jerk! Vitamin, ubat, check up & treatment segala tu adalah mahal ok! belum lagi masuk peringkat IUI & IVF.. hah kalau sampai ke tahap tu baru la korang tau kitaorang ni SUSAH ke SENANG! time tu bergolok bergadai la harta-harta kami semua.

Kawan tu pun agak-agakla kalau nak jelous pun tak payah nak keluarkan ayat macam tu sekali, rezeki dia lain (dapat pergi melancong),  rezeki engkau lain (ada anak), so memasing ade rezeki masing-masing.. Kami kaum-kaum yang takde anak ni bukan la nak mintak korang kasihankan kami tapi sekadar memahami kami! itu aje.. memang kami ni sangat-sangat la sensetip! ape jua perkataan yang korang nak keluarkan mesti la pikir baik buruknya...

Lagi satu... kalau anak yang ada sekarang ni pun dari hubungan yang belum sah, takde guna gak kan? so tak payah la nak berbangga sangat yang engkau punya anak & kami TIDAK... kami lebih REDHA tiada daripada hasil hubungan yang belum sah itu! soooo... pikir-pikir kan la!

ADIOSSS!

11 ulasan:

  1. Ayoyoooo..itu orang ada anak luar nikah kah???? Lagi mau perli perli orang? Haiyooo.. Manusia!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. choiii.... (ini tuk org tu je, sbb die berlagak)..kalau orang lain yg ade anak 'special' dan tidak berkata pd TTC, i boleh terima.... hagak2 la....pasal duit mmg lah.... :D

      Padam
  2. Wow...mkn dlm ayat2 terakhir tu.eka salu kene chinta.asik2 kaitkan...takde wnk leh la.ada ank nanti tak ke mana dah

    BalasPadam
  3. Banyak kali dgr komen ni... Bersyukur la dgn apa yg ada... X payah nk membandingkn rezeki. Rezeki ni luas maksudnya... Diorang ni nampak duit jer... Betul c.i.n.t.a, diorang x nampak duit kita spent for treatment tu...

    BalasPadam
  4. yup..mmg org suka label kita yg blum ada anak ni berDUIT..kdg2 panas ati jgk..tp diam je ler..nk explain lelebih pn bkn depa nk cuba fhm..xpe la,bersyukur dgn apa yg ada..ujian jgk ni..

    BalasPadam
  5. Banyak kali dah dgr org kata mcmni..adoi..sabo jela.Macamlah kita kaya sgt.ramai org pernah kata kat saya mcm ni dulu.sabo jelaa

    BalasPadam
  6. sabau je la selagi kita ni tak jadi emak :(

    BalasPadam
  7. selalu dah dengar..bila kita nak holiday..mula la cakap..boleh la jalan..tak ada anak..duit berlebih..

    abis sebelum ko ada anak tak berlebih pun.,,tak jalan pun....

    apala mentaliti orang macam tue

    BalasPadam