Jumaat, 14 September 2012

Planet Pop Corn

Mari kita cerita pasai makanan!

Kali ni kita cerita pasai pop corn... selalunya aku kalau ngidam  nak makan pop corn mesti gi cari pop corn kat Wayang or kat Carefour Mid Valley.. tapi kali ni aku nak try kat Planet Pop Corn, kat sini memang banyak perisa yang ada, caramel, original, curry, coklat, cheese dan macam-macam lagi la..

Rase pop corn kat sini ok.. tak terlalu manis, just nice je..tak berminyak & takde pun biji-biji jagung yang keras-keras tu, memang sedap untuk buat kudapan petang ketika mengantuk berkerja. Setiap perisa adalah berlainan harga, harga diantara RM9.90 - RM39.90.

dalam kotak ni ade 6 pek
Aku share-share ngan opismate aku beli yang dalam kotak ni.. dalam 1 kotak ade 6 pek kecik, boleh campur-campur perisa...harga untuk satu kotak ni RM39.90

ni perisa-perisa pop corn berserta harga
ni perisa-perisa yang kami pilih..
Kami pilih perisa chesse (masin-masin skit), Caramel (manis-manis skit), Coffee (ade rase kopi skit), wasabi (pedas wasabi, sakit lidah aku!), curry (macam rasa twisties) & seaweed (rase rumpai laut, yang ni sedap banget!)

Sesiapa yang nak rase boleh la pegi ke tingkat LG berdekatan dengan burger king & MPH.. nanti diaorang akan bagi satu kad untuk kumpulkan point juga.. ☺

2 ulasan:

  1. kat mines pun ada ni kalau tak silap..depan subway tu..sedap ek cinta..boleh la try ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedap gi la beli, kalau nak tau perisa mane satu yang kene ngan tekak nana.. mintak dorang tester.. nanti dorang akan bagi

      Padam