hi!
Dah lama gila tak update.. bukan apa, tak tau nak cerita apa.. walaupun banyak benda yang aku nak sangat coret kan.. hari-hari memang akan bukak blog tapinya tak tau nak update celah mana Emosi memang selalu sangat terganggu nak-nak bila orang sekeliling semuaaaa, dah ada baby dan ade jugak yang tengah preggy. Hati ni memang macam di siat-siat rasanya, tapi aku tetap pertahankan dan bersabar semua ni dah ketentuan Allah, jadi aku mesti terima. Perasaan CEMBURU tu memang tak boleh lepas, kenapa mesti ada perasaan macam ni?? kadang-kadang aku cuba berlagak tak mahu ambil tahu tetapi hakikatnya dalam hati ni meraung-raung sedih! aku tahu bukan aku seorang je yang mengalami perasaan sebegini rakan-rakan sekapal aku mesti merasa perasaan yang sama kan? walaupun tak banyak serba sedikit mesti ade jugak terselit perasaan tu kan? jangan tipu wokeh. Aku memang dah janji tak mahu sedih tapi tak boleh, rasa diri ni sangat-sangat down bila teringat nasib diri ni. Memang sokongan banya...