Rabu, 26 Disember 2012

hi!

Dah lama gila tak update.. bukan apa, tak tau nak cerita apa.. walaupun banyak benda yang aku nak sangat coret kan.. hari-hari memang akan bukak blog tapinya tak tau nak update celah mana

Emosi memang selalu sangat terganggu nak-nak bila orang sekeliling semuaaaa, dah ada baby dan ade jugak yang tengah preggy. Hati ni memang macam di siat-siat rasanya, tapi aku tetap pertahankan dan bersabar semua ni dah ketentuan Allah, jadi aku mesti terima.

Perasaan CEMBURU tu memang tak boleh lepas, kenapa mesti ada perasaan macam ni?? kadang-kadang aku cuba berlagak tak mahu ambil tahu tetapi hakikatnya dalam hati ni meraung-raung sedih! aku tahu bukan aku seorang je yang mengalami perasaan sebegini rakan-rakan sekapal aku mesti merasa perasaan yang sama kan? walaupun tak banyak serba sedikit mesti ade jugak terselit perasaan tu kan? jangan tipu wokeh. Aku memang dah janji tak mahu sedih tapi tak boleh, rasa diri ni sangat-sangat down bila teringat nasib diri ni. Memang sokongan banyak disekeliling kita tapi still tak boleh nak ubat kan hati ni.

Buat pengetahuan semua hari ni dah CD77 tapi Ms P tak jugak muncul, fed up? ya! memang fed up! kenapa la Ms P ni ting tong sangat-sangat! hmmmm.. ape yang harus aku lakukan? gi klinik??? grrrr tu je la jalan terakhir.

Hati bertambah sedih bila BFF aku dari sejak sekolah dulu baru jerp melahirkan baby girl, tapi sikit pun dia tak inform aku, even masa dia pregnant aku adalah orang terakhir yang dia bagitahu... kenapa? aku pun tak tahu.. kalaupun dia tak beritahu aku melalui telefon, SMS pun sudah memadai, maybe dia BZ? kelam kabut nak meyambut orang baru or tak mahu lukakan hati aku? (bila aku dapat tahu dengan sendirinya hati aku lebih terluka :( ) mungkin dia pun dah tak anggap aku ni BFF dia kot (aku yang beriya anggap dia BFF aku)... owhhh sedihnya!

Ditambah pula dengan kesedihan, dekat office dept. aku dua-dua tengah preggy anak sulung... dan selalu MC aku la yang menggantikan tempat diaorang, ape perasaan aku? ntah la.. sakit hati pun ade ahahaahahah! mau tak nya semua kerja terbeban dekat aku ni haaaa.

Sebab tu la status kat FB aku semuanya ala-ala meniup semangat kat aku supaya jangan bersedih dan senyum selalu supaya aku boleh teruskan kerja-kerja seharian aku dengan perasaan yang tidak berduka nestapa. Walaupun pada hakikatnya hati ni bagai disiat-siat.

SEKIAN.

4 ulasan:

  1. Bertabah dan bersabarlah. insya'allah...ada lah rejeki tu nanti.

    Akk tgh nak dapatkan contact mak cik tukang urut. Tapi kat JB lah. NNt akk roger.

    BalasPadam
    Balasan
    1. TQ kak, boleh jugak.. tapi kalau area JB ok gak blk kg leh gi sana kalau area muar sume tak leh la kot.. jauh!
      kak! macam mana cerita misteri rumah akak tu? ade kisah selanjutnya tak?? cite la dalam forum best sikit

      Padam
    2. Forum mane cinta? Sabar eh cinta.. Tadi baru je kawan ida bagi tahu, yang seorang kawan ida preggy.. ida orang last tahu, taktahu kenapa ida tak jeles langsung... cinta jgn pk gitu ye! sibukkan diri dengan memikir hal lain.... more better! ;)

      Padam
    3. eida.. saya suruh kak fiza citer pasal rumah dia yang misteri tu kat forum.. sure syok! forum cari lor.. mana lagi hihihih!

      tu la kalau pikir pasal orang lain memang tak abis pikir

      Padam