Rabu, 27 Mac 2013

AWAS! orang ketiga!

Tertarik dengan artikel ni!


cilok dari sini...https://www.facebook.com/AdamHawaDrama?ref=stream

Orang ketiga boleh dihukum

Tindakan atau hukuman denda RM1,000 dan penjara boleh diambil terhadap individu mahupun pihak ketiga yang mengganggu perkahwinan pihak lain sehingga menyebabkan perceraian.

Orang ketiga yang menjadi punca perceraian boleh dituduh sebagai penjenayah mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) di bawah Undang-Undang Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Berdasarkan statistik, sebanyak 222,701 kes perceraian dalam kalangan orang Islam dicatat sejak 2001 hingga 2011 dan satu daripada punca perceraian disebabkan kehadiran orang ketiga.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------


Aku tak paham dengan perempuan yang suka sangat nak mengendeng ngan laki orang! ape la sedapnya menggangu rumah tangga orang? nak-nak bila si laki orang dah ada anak berderet, cuba la duduk di tempat perempuan yang diganggu tu boleh kah anda terima? BUKAN semua perempuan boleh hidup dimadukan! dan kesian la dengan anak-anak si laki orang tu, mereka masih lagi perlukan kasih sayang dari ayah!

Perempuan yang suka ngan laki orang ni pun, terpikir ke korang.. kalau berkahwin dengan laki orang ni semuanya kene berkongsi? mula-mula memang rasa bahagia, mula-mula semua boleh di kongsi, mula-mula semua boleh bertimbang rasa... tapi sampai bila tahap kesabaran korang tu? setakat 1-2 tahun boleh la kau bertahan.. tapi lama kelamaan tak BOSAN ke dengan keadaan macam ni?

Lagi satu! korang yang suka sangat ganggu laki orang ni ingat la suatu hari apa yang korang pernah buat akan berbalik kepada diri sendiri. Mungkin engkau akan jadi isteri ke 2 dari 3 isteri atau 4 isteri? hah! baru tau langit tinggi ke rendah! hewhewhew!

P/s: Perempuan di luar sana fikir-fikir kan la sebelum jatuh cinta dengan lelaki yang sudah berpunya! jangan kerana turutkan rasa CINTA rumahtangga orang lain berantakkan.
"WHAT GOES AROUND WILL COMES AROUND"

PEACE NO WAR ☺ "jangan ade yang terasa pulak, sekadar nasihat!"

4 ulasan:

  1. Erk...sama plak n3 kita zue ☺☺. Memang isu hangat ni kan.

    BalasPadam
  2. assalamualaikum kak zue, kesiannya kan. fikir baik buruk sebelum start kacau rumahtangga org. Ya Allah, kuatkan hati dan iman kami, jauhkan kami daripada bisikan syaitan...

    BalasPadam
  3. cinta bukan boleh kira.Islam pon bagi kawin sampai 4.terutama untuk dapatkan zuriat yang banyak.so hak lelaki untuk kwaen 4.hak pompuan untuk minta lelaki jadi adil.tu ja.kalau xyakin laki kawin 4 maksud tolak hukum Tuhan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ahahaha! kalau pasal kahwin 4 je semua ikut islam.. tapi bab lain sume boleh langgar yer? fikir kan la sendiri.

      Padam