Kisah di Hari Jumaat

Hari ni hari Jumaat kan? hari yang ditunggu-tunggu oleh aku.. sebab apa?? sebab hari ni aku ade interview + last day for the weekend! yeppi!

Interview tadi ok la temuduga yang biasa-biasa & alhamdulillah apa yang dia tanya semua aku boleh jawab dengan yakin nya... tapiiiiii... yang aku tak berapa puas hati bila ade candidate yang mempunyai "kabel" huarghhh! rasa luluh jantung! panel interview pulak tu. Aku rasa harapan nak dapat tu memang tipis bila adanya situasi begini. Pada aku la bila ko dah ada candidate yang ko rasa dah confirm-confirm boleh dapat tak payah kot panggil orang lain, kesian candidate lain yang datang JAUH-JAUH.. just proceed pada candidate yang ko rasa LAYAK! aku tau dorang panggil candidate lain sebab saje nak ikut procedure kan? sebab tu panggil kitaorang untuk jadi kambing hitam *titik!

Disebabkan kekecewaan itu aku tak jadi ambil cuti *sayang cuti wooo! ada baiknya aku pergi kerja dari terperap kat rumah.. lagipun interviewnya kejap sangat je pun memang nampak just buat syarat! *keciwa lagi! . Nasib baik BOSS aku rilek je, tak tanya banyak sebab apa aku datang lambat hew..hew..heww sorry boss! memula ingat nak cuti pastu nak merambu kat SOGO pikir-pikir balik.. malas ahhhh!

Sampai kat opis je dah nak dekat waktu lunch, buat-buat keje sikit dah lunch.. hari ni bapak banyaknya aku makan maybe sebab Miss P nak datang melawat kot, abis segala badan sakit! Beli nasi dapat FREE pisang, orang jual tu memang selalu sedekah pisang hari Jumaat..pastu craving nak makan coklat pulak! memula beli petzel stix auntie anne, coklat melimpah ruah kauu!, sayang dengan coklat tu aku letak pisang.. tak sangka! SEDAP wei pisang salut coklat! TERBAIK! next time nak buat lagi mcm tu!

pisang coklat yang super sedap!
Nampaknya kalau bukan rezeki aku untuk interview kali ni maybe rezeki aku kat tempat lain. Takpe.. kalau tak dapat bukan rezeki namanya, banyak lagi company lain di luar sana so! berusaha la wahai zue!

ada nampak mcm muka orang kecewa tak?? byeeeee!

Ulasan

  1. Assalamualaikum. sedapnya pisang bersalut coklat! heyyy sila fikir positif! insyallah ada rezeki kat tempat yang lebih baik :)

    BalasPadam
  2. taknampak pun..... insyaalllah ade rezeki di tempat lain.. go go cinta!

    BalasPadam
  3. insyaallah ader rezeki di tempat lain tu..amin

    BalasPadam
  4. Tak nampak pon. Kecewa pon tetap muka happy go lucky.

    Zue, nnt bagi email add.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?