Resepi Pizza yang SIMPLE

Just nak share satu resepi yang SUPER SIMPLE dan sedappppp!

Bahan-bahan
1 tin Sardin
Sedikit limau
2 Bawang merah - aku suka bawang!
1 Ulas bawang putih
4 Batang hot dog
4 Keping cheese
Sos cili
Sos black pepper
Mentega
Roti keping (gardenia)

Cara-cara memasak
Bawang merah & bawang putih di potong dadu kemudian panaskan mintak dengan sedikit mentega tumis bawang yang di dadu, kemudian masuk kan sardin sahaja (sos buang) kedalam bawang yang ditumis tadi. Jangann lupa perah kan sedikit limau untuk kurangkan bau sardin, gaul kan sardin serta hancur-hancurkan. Kemudian ketepikan sardin.

Rebus hot dog sehingga masak kemudian potong membulat..

Sapukan roti dengan mentega kemudian letakkan sardin yang telah dimasak, susun hot dog yang telah direbus kemudian susun cheese mengikut citarasa anda, picit kan sos diatas cheese tersebut kemudian bakar sehingga garing! setelah garing picit sos black pepper pula.. SIAP untuk di santap!


Pizza yang simple.. I Loike! ♥♥
Memang sangat sedap ok resepi ni, dah la simple kenyang pulak tu! tq to eida kerana share resepi yang simple ni.. maybe ade tukar-tukar sikit mengikut bahan yang ada kat rumah..


Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?