Mendaki di Bukit Broga

Takde benda nak story, mari kita korek cerita lama... hihihihih!

Aku lupa kejadian nya bila, tapi aku rasa bulan 2 macam tu. Dah lama teringin nak mendaki Bukit Broga ni, selalu selak-selak blog orang lain yang pernah tawan bukit broga akhirnya aku dengan semangat, aku ajak hubby aku. Mula-mula dia malas.. tapi sebab malam sebelum pergi  dia ada jumpa kawan-kawan dia & kawan dia ckp "you must try" dia pun nak pergi! *aku ajak takmo! bila kawan cakap nak pulak dengar! hashhhhh!

Sebelum tu aku ade halo-halo gak kawan TTC aku, Yani bunny cakap dia nak join ☺*cari stamina nak jalan-jalan kat europe katanya tapi kami pergi sendiri-sendiri jumpa di puncak bukit Broga. Malam tu kami tidur lewat sebab gi lepak-lepak ngan kawan hubby pukul 3 pagi baru balik yawww! pastu takleh sedar diri pagi tu! pukul 6 baru tersedar.. kejut hubby bukan main payah nak bangun! Bersiap-siap pukul 7 baru gerak dari rumah. Aku bawa bekal sarapan roti + nuttela, air horlick dan air mineral.

Sampai kat Bukit broga dalam pukul 7.15am macam tu, keadaan still gelap tapi aku menyuluh guna BB nye flash hihihi! jalan punya jalan hari pun terang, tak sempat nak tgk matahari terbit! track dia pada aku mencabar juga la.. lenguh kaki mendaki! *almaklum x biasa mendaki orang lain mendaki sekejap je, aku mengambil masa 1 jam lebih nak sampai ke puncak! tu pun tak sampai puncak paling atas... letih nak daki & dah rehat jadi malas pulak :P.

Bila dah sampai atas teruja gila! pemandangan memang SUPERB! Subhanallah! memang cantik.. puas hati! berpeluh sakan. Bila dah lama atas tu Yani call dia cakap dia dah sampai, pastu aku tunggu Yani, memang LAJU gila kot dia daki, sekejap je dah sampai! Aku lepak-lepak kejap atas tu then turun semula kebawah dalam pukul 10 lebih macam tu dah settle pendakian kami ☺

Minum ho..ho..ho horlick!
hubby said "cepat la! tak kan baru pit stop 1 dah semput??"

pemandangan yang Cantik!
  
budak sebelah aku ni LAJU gila dia mendaki! stamina memang POWER!
Sesiapa nak try pergi boleh la... bukit broga ni kat semenyih, senang je nak pergi,  kat pekan Semenyih tu korang terus je sampai jumpa traffic light korang pandang belah kanan ada Petronas. Korang jangan risau sesat sebab sebelum traffic light tu ada signboard "Universiti Nottingham" & "Bukit Broga". Bila jumpa traffic light tu belok kiri kemudian terus je sampai jumpa kereta banyak-banyak parking tepi jalan. Bayaran untuk parking dikenakan RM1.00  untuk setiap kereta.

Kalau korang datang masa hari masih gelap, korang akan nampak cahaya dari jauh kat puncak bukit, cahaya tu datangnya dari lampu suluh pendaki, macam semut daki bukit tau! huhuhuh! ehhh! kalau korang datang keadaan hari masih gelap.. korang jangan lupa bawa lampu suluh tau! kang tak nampak jalan pulak!

** aku tak puas hati, masa BFF aku mendaki leh pulak dia jumpa anak sungai! mana ntah dia jumpa!

Cilok dari FB BFF's hubby: kerol! :P
Next time target nak daki Bukit tabur plak! BFF aku cakap lagi mencabar.. tak sabar nak TRY!

Ulasan

  1. assalamualaikum kak zue, bestnya. sheila pun belum try pergi lagi. takda masa kak. hehe nanti nak cuba pergi gak. heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhuh! bz yer dik.. takpe, tak lari bukit broga tu :P.. kalau ade masa boleh pergi

      Padam
  2. nak pergi jugak,
    sangat nak pergi tapi tak tau bilaaaaa

    BalasPadam
  3. aku stamina dengan adiey jer kuat.. eh?? hahahhaha... over komen aku..

    wei, aku kalau daki agaknya 3 jam kot!! hahahhaha... giler lama aku x buat aktiviti panjat memanjat ni.. joging pun sebulan payah, ini kan nak daki gunung!!!

    BalasPadam
  4. celah mane air terjun ni.. celah maneee. ida naik dah 2x tak jumpe jumpe pong!! huhuhuhuhu.. bukit tabur? jgn lupe ajak idaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la.. x tau la belah mana yang dia jumpa! jelous! nak sgt pergi bukit tabur.. insyallah nnt kita ajak

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?