Resepi murtabak maggi yang simple

Pernah makan murtabak maggi? resepi ni aku gerenti resepi dia memang super duper SIMPLE!

Bahan-bahan

3 paket maggi kari
4 biji telur
1 biji bawang merah
1 biji bawang putih
250grm daging kisar
Cendawan butang
Daun sup
Serbuk kari

Bahan-bahan
Cara memasak

Rebuskan maggi sahaja (serbuk perasa kari jangan dibuang) dan toskan.

Inti/topping

Potong dadu bawang merah, bawang putih dan cendawan. Panaskan kuali dengan sedikit miyak kemudian tumis bawang-bawang tadi sehingga kekuningan. Setelah kekuningan masuk kan daging kisar tunggu sehingga daging bertukar warna kecoklatan dan masuk kan pula cendawan. Campurkan serbuk kari atau boleh je guna serbuk kari maggi yang terdapat didalam paket maggi, tambahkan sedikit garam. Hiris halus daun sup dan masukan ke dalam kuali dan gaul rata.

Campurkan telur (dikocak dulu) dengan maggi yang telah ditoskan, masuk kan sedikit inti kedalam adunan maggi dan gaul sebati. Kemudian masuk kan kedalam kuali ajaib, lebihan inti tadi dituangkan keatas adunan tadi. Cucuk dengan grafu bila grafu bersih maknanya dah masak la tu! kemudian hidangkan la.

begini la bila dia duduk dalam kuali ajaib!

Murtabak maggi yang simple & sedap!

Tips: Pastikan maggi yang direbus tidak terlalu lembik.

Resepi ni belajar dari arwah mak aku ☺, masa kecik dulu ni la masakan pertama yang aku belajar. Hubby aku pulak cakap ni resepi orang yang duduk asrama, siapa yang pernah duduk asrama ni la makanan dorang.. iye ke?? hihihihi!

 

Ulasan

  1. Assalamualaikum kak zue. memang pasni takyah beli murtabak kat pasar. homemade lagi puas hati kan. hihihi :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. darling.. ni murtabak maggi tau.. lain dengan yang murtabak biasa tu

      Padam
  2. mak oiii.. sedapnyaaaaaa.. simple je.. barang pun murah ni.. boleh try ni. tq cinta! ;))

    BalasPadam
  3. ye sila la try.. inti boleh tukar ikut suka.. nak sardin pun xpe

    BalasPadam
  4. xpnh try. esok ble try kot? kn g bli brg dlu la ni

    BalasPadam
  5. kak zue, sdpnye,masak brape lama???

    BalasPadam
    Balasan
    1. kejap je yatd, dlm 5 minit mcm tu.. agak-agak telur kering x basah lagi leh hidang

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?