Jumaat, 3 Mei 2013

Kempen dan budi bahasa.

Ahad ni dah mengundi kan? Alhamdulillah masa yang di tunggu-tunggu.. jika sebelum-sebelum ni aku tak berapa kisah sangat nak berkempen tapi 2-3 hari ni aku rasa membara sebab apa?? sebab ade seorang hamba Allah ni mengomen kat wall hubby aku menggunakan perkataan yang tak sepatutnya!

Aku memang kenal sangat hamba Allah ni, dia adalah suami kepada kawan aku juga. Sepanjang perkenalan kami dia memang seorang lelaki yang sangat lemah lembut, tapi dek kerana politik sanggup menggunakan perkataan yang lucah? sungguh tak ku sangka. Start dari itu la aku rasa geram! FB hubby aku adalah hak dia untuk bersuara untuk share ape yang dia sokong, pilihan dia adalah hak dia. Tapi ada makhluk Allah yang tidak bersependapat mencaci maki di FB dia. Comment-comment mereka pun tidak dialu-alu kan, jika mereka ada pendapat mereka sendiri share la di FB masing-masing, tak perlu nak comment di wall org lain semua ini adalah punca pergaduhan.

Berkempen la secara sihat, jangan la kerana politik sanggup unfriend kawan-kawan, memaki hamun tak tentu hala. Berfikirlah secara waras.

ni la statement yang membuatkan aku bangkit, kami pun tidak meminta dia komen di FB kami.

Kalau nak berhujah sila berhujah dengan berhemah, tak perlu begini sekali perkataan nya.. kami yang perempuan terasa sangat terhina & malu.

Selamat mengundi semua....

14 ulasan:

  1. Assalamualaikum kak zue. harap bersabar. seeloknya jgn post sesuatu yg berkaitan dengan undi2 ni. bahaya. boleh bawa gaduh sesama kawan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Shiela.. knp mahu takut untuk post pasal undi? bertelagah tentang pendapat tu biasa, tapi tak perlu sebegini ayat yang digunakan.

      Padam
  2. zue..dia tu msti pns telinga or sakit mata baca akhbar IniKalilah la tu...hihihi..marah betul bro tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. nina, dia tu tak leh terima pendapat orang lain, at last komen sedemikian rupa & yang lagi dasyat komen kat wall orang.

      Padam
  3. Zue, perasan tak? 15 hari berkempen, seseorang yang pandai akan automatik jadi 'bodoh' pasal terlalu taksub berpolitik? no good sebenarnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la.. masing-masing sebenarnya nak pertahan kan parti masing-masing tu yang semua terlupa. Nak-nak bila berkempen habis hilang semua sopan santun lemah lembut.

      Padam
  4. I setuju dengan u. Pada i, nak sokong sesiapun hak masing-masing. Cuma bersopan dan berbudi bahasa lah dalam menyokong mana parti sekalipun. Islam mengajar kita supaya sentiasa berakhlak mulia dalam apa jua keadaan. Berdebat dengan matang dan penuh hikmah, tunjukkan akhlak yg baik, pasti ramai yang akan menyokong. Itu lah sebenarnya cara nak pikat hati rakyat. Rakyat zaman sekarang bukan bodoh...Semua dah pandai nilai sendiri apa ciri kerajaan yang mereka mahu. Rakyat Malaysia cintakan keamanan. Tak suka la gaduh2 ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ai pun x suka gaduh tapi ayat dia yang buatkan ai bangkit nak kempen.

      Padam
  5. kalau saya tak setuju dgn mana2 statement, saya pilih berdiam diri. Walau pendapat berbeza, kawan tetap kawan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hubby pun mulanya diam.. tapi lama-lama melampau sampai la kuar perkataan yang tak sepatutnya.. bila dh jadi macam ni dua-dua terdiam

      Padam
  6. aku x kisah babe ko nak sokong parti mana.. janji ko tak ganggu hidup aku.. tapi kalau aku dapat komen macam tu pun aku panas hati..

    sebab parti berbeza nak unfriend? sangatlah x matang.. biarkan jer masing2 menulis kat fb masing2 kan.. x payah sibuk2 nak komen.. lain orang lain pandangannya.. huhuhuhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan? tak di jemput pun zana nak komen.. dia yang komen, dia yang panas hati.. dia yang melucah. sungguh tak matang!

      Padam
  7. Mmg pun leh kata tiap2 hari eka perhatikan kat fb,kawan jd musuh disebabkan ideologi yg berbeza.susah setiap org punya pandangan sendiri.bila sesorang mengatakan sesuatu yg bertentangan dgn pahaman dia,mula la nak bertelagah.kawan eka non muslim,tanya kenapa org islam sanggup putus kawan disebabkan berbeza pahaman politik...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kat opis kita pun almost chinese.. takde pun nak telagah even sorang MCA sorang DAP ;p.. melayu emo lebih.

      Padam