Isnin, 3 Jun 2013

Budget Trip ke Penang ~ Part 01

Dah lama tak update kan?? sebenarnya tak ada cerita yang menarik.. so takde la cerita. Ni dah ada cerita skit boleh la update kan?

Last week hubby buat plan mengejut, ajak aku ke Penang.. sebab Sabtu tu, dia cuti sempena hari keputeraan YDPA kan. So masa Jumaat tu kelam kabut la aku mencari budget Hotel, nasib baik ade lagi bilik kalau tak kami tidur kat kaki lima la "+__+.

Kami berdua plan nak bawak kereta kami naik feri untuk ke pulau. Dari highway PLUS tu amik exit butterworth kemudian cari signboard terminal feri Pulau Pinang. Naik feri untuk ke Pulau Pinang mengambil masa lebih kurang 10-15min macam tu. Feri akan landing betul-betul kat pekan Geogetown, kiranya dah sampai bandar la tu.

Nyaman nya.. hilang stress bila tengok ciptaan Allah
Sampai je kat Pulau kami terus singgah kat stesen minyak untuk cuci muka & gosok gigi. Kemudian cari tempat breakfast! orang cakap kalau kat Penang ni kejenya makan sahaja! & bagi aku memang betul! takde keje lain asyik makan..makan dan makan...

Tempat breakfast yang pertama adalah di jalan Transfer road, tapi aku tak sure kedai yang betul atau tak yang aku pergi.. tapi roti canai dia memang sedap! nasi lemak dia sedap! teh tarik pun sedap! tapi yang tak sedap aku kene saman parking.. kejap je kot! balik-balik tengok eh ade saman?? hari ni kan cuti! tak kan saman juga kot! sejak dari tu kami phobia nak parking! (parking malam-malam pun possible gak kene saman)

Nasi lemak yang sangat sedap!

Rumah kayu & seni bina lama yang masih kekal hingga sekarang
Lepas makan terus ke Bukit Bendera, tapi malang nya kami sesat barat! confius.. antara Bukit Bendera & Penang Hill! Pusing-pusing tak jumpa-jumpa lepas tu plak jalan ke Penang Hill jammed gila sebab ade pesta bunga.. lagi tension! tapi hubby tak putus asa cari jalan nak ke Bukit Bendera.. akhirnya jumpa! Bukit Bendera ni terletak di Jalan Air Hitam rupanya...

Dah sampai Bukit Bendera tengok parking jauh banget! orang pun ramai nak naik cable car so cancel la plan nak naik trem :(. Aku tak sanggup nak meredah orang ramai! Lepas je ke Bukit Bendera kami terus ke Padang Kota.. Rupa-rupanya di padang kota tengah berlangsung pameran motor-motor lama.. meleleh air liuq brader tengok! hihihihih! lepas pusing-pusing kat situ pekena plak pasemboq dengan ABC, ni pun aku tak sure la kedai yang betul orang cakap sedap.. aku rasa pasemboq dia biasa je lagi sedap yang kat KL punya.. hihihih! maybe aku silap gerai.. sebab berlambak kot kedai juai pasemboq kat situ!

Lepas perut dah kenyang kami terus cari hotel, hotel kami terletak betul-betul di Jalan Kapitan Keling.. dekat juga dengan nasi kandar yang Famous iaitu nasi kandar beratur 10 malam. Dalam Pukul 11.30am macam tu kami dah check in, nasib baik bilik dah ready! Masuk je bilik terus mandi & boom tidoq! sampai la pukul 3pm macam tu bangun & teruskan pengembaraan kami ke Batu Feringghi!

hidupan laut di Tanjong bunga

Nah.. hati saya untuk hubby! sebab sudi bawa saya jalan-jalan
Nak ke Batu Feringghi pun jalan punya la jammed! haihhhh! tak larat nak tempuh jammed kami drop by je pantai yang berdekatan iaitu Tanjong Bunga! best gak pantai kat situ! bersih, tak ramai sangat orang.. Lepas mandi-mandi pekena plak laksa tanjong.. perghhh memang syok!

Nahh! muka aku pulak.. 1st time pakai shawl gi jalan!
Hari dah menjelang malam kami pergi pula makan Char kueh tiaw di Gurney Drive, katanya sedap.. tapi pada aku tak la sesedap mana pun.. atau aku yang tersalah gerai, aku pun tak tau.. hihihih! Jalan nak ke gurney Drive ni memang sangat jammed! plusss! nak cari parking pun susah.. nasib baik tak kena saman.

Lepas makan kami pusing-pusing town jap & pulang ke hotel.. sebelum pulang ke hotel tu singgah jap beli nasi kandar beratur.. dekat je ngan hotel! jalan kaki jerp!

Kira-Kira untuk 2 orang
Hotel Budget Broadway = RM90.00
Minyak kereta Myvi full tank KL-Penang = RM55.00
Toll KL-Juru = RM43.30
Makan di RnR Rawang = RM10.00
Tambang Feri = RM7.70
Breakfast @ transfer road = RM7.00
Makan @ padang kota lama = RM16.00
Makan Laksa @Tanjong Bunga = RM4.00
Mandi = RM1.00
Makan @ Gurney drive = RM10.00
Fridge magnet 4 ketul = RM10.00
Makan @ Nasi Kandar Beratur = RM13.00
Air Mineral 2 botol = RM2.40
Minyak kereta Myvi full tank Penang-KL = RM55.00

Total Day 1= RM324.40

**lepas buat kira-kira ni baru nampak berapa banyak keluar duit :P.. fengsan!!!
*** gambar yang lain banyak kat kamera! nanti aku upload lagi kalau rajin.


12 ulasan:

  1. Assalamualaikum kak zue! peghh bestnya suami bagi kejutan, terperanjat isteri! kehekhekehh. best woahh cuti2 jalan jauh :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhuhuh! takde terkejut mana shiela.. buat orang gelabah ade la cari hotel sana sini.. esok nak pegi hari ni baru nak survey! memang fengsan!

      Padam
  2. nanti update lagi tau. berguna jugak kalau cte pasal budget trip ni hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hi nuha! insyallah.. saya ni memang kedekut skit.. sebab tu semua nak budget.. tapi cari yang budget & seleasa la..

      Padam
  3. Balasan
    1. alamak kak fiza.. kita x beli banyak 4 ketui jerp.. tu pun abis dah bg adik beradik :P sowiii next time akan ku ingat FM kamu

      Padam
  4. Wow. Org tu dtg penang tak bg tau eka pun.kalu tak leh laga2 pipi

    BalasPadam
    Balasan
    1. opss.. mati-mati ingat cuti sekolah seminggu! tu yang ckp ngan eida "eka mesti dah balik sarawak, kalau tak boleh jumpa dia" rupanya... cuti 2 minggu daaaa huhuhuh! kalau ade jodoh kita jumpa insyallah :)

      Padam
  5. sukaaaa entry ade bajet sekali!

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang sangat bajet.. hikhikhik!

      Padam
  6. hari tu ida tak jadik g penang, harus sondol hubby lebih sikit nak ajak g penang.. hhahhaa. tapi dah kenapa ida asyik baca, jem jeeeee.. alaaaaa KL = Penang = JEM.. mihmihmihh

    BalasPadam
    Balasan
    1. penang mmg jem yang.. orang nak gi bercuti ngadap plak jem! huih! tension!

      Padam