Selasa, 4 Jun 2013

Budget trip ke Penang - Part 02

Bersambung untuk hari kedua..

Dalam pukul 7.00am aku dah bangun.. mandi-mandi pastu terus turun beli breakfast kat kedai mamak kat bawah.. sesiapa yang menginap kat Broadway budget hotel jangan la risau, banyak tempat yang berdekatan. Next entri aku review pasal budget hotel ni eh!

Lepas breakfast, lepak-lepak jap! pastu tengok kat luar cuaca hujan... spoil betul!... sambil tunggu hujan reda aku kemas la barang-barang, cadangnya pagi-pagi nak ke bukit bendera semula nak repeat! tapi hujan tak berhenti & hubby cakap trem tak jalan waktu hujan, so lupakan sahaja niat aku nak ke sana :(..

Bila hujan dah reda sikit kami pun check out, tempat pertama yang hendak dituju adalah rope walk jalan kulit (bersebelahan dengan stadium pulau pinang). Dengar cerita kat sini banyak jual barang-barang kulit & antik, aku pun teruja la nak pergi. Bila sampai kat sana & parking pun dah dapat kami pun turun.. mulanya hujan rintik-rintik setelah kami sampai di bazar hujan turun mencurah! lebat gila kot! dah la tak bawak payung.. sekali lagi hasrat nak ronda-ronda di rope walk terpaksa di lupakan..

Pusing-pusing tak tau nak pergi mana lagi, hubby aku bukan suka nak pergi muzium ke, tugu peringatan ke.. kalau tak boleh je suruh dia singgah :P.. nak pergi toy musuem tapi tengok tiket masuk RM10/pax, rasa macam tak berbaloi pulak.. RM20 dapat gak jeruk pak ali 6 paket kan? so tak jadi.. makanya cari lagi makan hihihihih!

Kali ni kat area transfer road gak.. kedai dia tersorok di lorong kecil, kedai roti bakar! ok ni memang terbaik! roti nya di bakar dengan arang & di makan pula bersama telur separuh masak!! wahhh!! memang yummy! tapi yang tak bestnya servis dia lembab gila.. orang pula ramai. memang tak menang tangan. Aku order 3 set roti bakar! huhuhuhuh! tak tau la bila kat Penang ni perut asyik lapar je.. padahal tadi pagi aku baru melantak 2 bungkus nasi lemak..dasyat betol! time ni hujan still lebat :(

Nampak simple.. tapi seyes memang sedap! teringat sampai sekarang (roti bakar je pun :P)
Lepas makan breakfast, kami terus ke chow rasta market. Kat sini memang syurga shopping, aku ni takdelah bershopping sangat, just beli buah tangan untuk family & kawan opis udah le kan? kedai jeruk & cenderamata memang berderet kat sini pilih aje mana korang suka.. kat sini terdapat gak kedai buku 2nd hand.. tapi aku hairan cuma 1-2 kedai sahaja yang buka, maybe dorang tengah renovate kot.

Lepas ke chow rasta market kami tak tau nak pergi mana lagi.. hujan pun turun semakin lebat! nak pergi makan nasi kandar tapi perut still kenyang! takde idea lain kami pun decide untuk pulang ke KL. Sepanjang jalan pulang ke KL hujan still mencurah :(..

Bye-bye Penang.. ade jodoh kita jumpa lagi ♥
Kami ambil exit ke Rawang sebab cadangnya hubby nak pergi tengok sport rim kat sini, ramai orang cakap kat sini murah. Just survey survey je dulu.. hajat di hati nak tukar kasut baru untuk kereta aku :P sebelum raya ni... tu yang pergi survey! Boleh tahan murah juga harga kat sini :) insyallah ade rezeki boleh tukar. Sambil-sambil tu survey gak no plat sekali murah daaa.. pe lagi tukar la no plat baru... huhuhuhu! untuk no plat crystal 1 set depan dan belakang baru RM80.00?? wahh! memang murah.. kalau kat area KL RM100++ kot.. jimat.. jimatt :P

Kira-Kira untuk 2 orang
4 bungkus Nasi lemak + teh tarik = RM7.50
Makan roti bakar @ transfer road = RM9.00
Biskut tambun + kacang = RM20.00
Jeruk Pak Ali = RM42.00
Toll Juru-Rawang = RM40.00
Total Day 2= RM118.50
Total belanja KL-Penang (termasuk makan + minum, hotel, toll, minyak & souvenir) = RM442.90

** tak sabar nak tunggu akhir bulan ni, harap semua berjalan lancar.. Aminnn!!
***Gambar akan ku upload nanti ye.. sebab asyik lupa nak bawak HD  balik :(

6 ulasan:

  1. Assalamualaikum kak zue, bestnya bersantai hujung minggu.. ok not bad lah pergi sana. dalam rm1000 je kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seyes.. ni adalah sangat budget.. sbb saya pun kedekut bab bab kuar duit ni :P.. biar dpt berjalan janji x kuar duit banyak huhuhuh!

      Padam
  2. bagus taw share dekat blog pasal bajet trip ni. at least boleh guide others yang nak pergi trip juga :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup sememang nya dibuat untuk semua yang nak buat budget trip :)

      Padam
  3. akhir bulan. wehuuuuuuuuuu.. ida pun tak sabar minggu depan. hehehehhee

    BalasPadam
    Balasan
    1. ehem.. orang tu nak gi somewhere!

      Padam