Isnin, 24 Jun 2013

Dip n Dip

Dah lama tak gathering ngan BFF aku! best gila dapat jumpa... then gi makan-makan plak! pergh favourite kami k! tapi.. yang sedih diaorang kurus aku bertambah gemuk! i hate uollsssss! hikhikhik!

Mula-mula kami gi Midvalley, Intan si comel mau beli sandal.. orang nak gi bercuti kat Redang kan! *jelous ok! Sebelum jalan-jalan isi perut dulu sebab dah lapar sangat, kami makan di tempayaki. Lepas makan mission g cari sandal Intan. Dah dapat sandal dia, misi mencari Dip n Dip pula.

Dip n Dip ni terletak di Jalan Telawi 3, Bangsar! berhadapan dengan Alliance Bank.. Parking kat sini memang susah nak cari! kami dapat parking JAUH!.. Tapi memang berbaloi la berjalan jauh! rasanya tak dapat digambarkan dengan kata-kata! memang YUMMY!


Brownies crepe - RM28.90
Brownies crepe - brownies yang dibungkus dengan crepe dan di curah dengan coklat.. rasanya memang sangat-sangat sedap! kalau datang ke sini jangan lupa cuba! 1 crepe ni boleh di makan untuk 2-3 orang.

waffle stick - RM10.00
Waffle stick - waffle yang di saluti coklat yang super banyak.. ni pun boleh makan untuk 2-3 orang

Crunchy ice-cream - RM17.00
Crunchy ice cream - lapisan bawah nya adalah ice cream kemudian dilapisi dengan bertih beras dan dilimpahi dengan coklat! aduhhhh!! sedap bangeettttt!

Fondant - RM13.90
Fondant - yang ni macam lava cake! ditengah tengah kek tu ade coklat cair.. bila korang gabungkan kek, coklat yang cair yang panas dengan ice cream.. perghhh! memang sedaaapp sangat! banyak-banyak yang ni aku paling suka! bagi aku makan sorang pun aku boleh habiskan!

Air kat sini mahal skit, GG & Intan order Ice lemon tea & Raspberry tea harga nya RM9.00 segelas. Aku order Spring water aje! sebab dah muak makan coklat kan? spring water RM2.90 sebotol.

Ni menu yang sempat intan snap..





Orang memang ramai jadi tak boleh nak lepak lama-lama sangat bagi chance pada orang lain plak.. maka kami laju-laju kuar. Intan pun tak boleh nak balik lambat sebab dia nak bertolak ke Terengganu malam tu. Sebelum balik ambil gambar kat kedainya dulu!

aku dengan GG! anak 2 maintain kurus! jelous!

aku dengan Intan.. I love u darling ♥!

Fifi yang sangat-sangat behave.. muahhhh XXXX..
Thanks GG sebab banje kami di tempayaki.. nanti belanja lagi k!

10 ulasan:

  1. perghh...da meleleh air liur

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedap..sila la terjah dip n dip

      Padam
  2. Aish... menggoda betul gambar ni... terus rasa nak makan skang jugak... tapi ye la... parking kat situ bercinta nak mencariknya... huhuhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang jauh.. kene dukung budak kecik plak.. hilang lemak makan coklat.. hikhik!

      Padam