Budget trip ke USS (Universal Studio singapore) - Part 02

Biasa aku akan buat entri ikut day tapi kali ni aku buat Day 1 & 3 satu entri.. day 2 (masa kat USS) dalam satu entri.. lagipun takde orang nak baca pun, ni untuk panduan aku jerp.

Day One

Pukul 5 pagi aku dah bangun untuk kemas baju, kami bawa sorang satu beg senang nak isi macam-macam nanti, lagi pun takut kat airport nnt tak lepas, kan sorang 7kg je leh bawa.

Sebelum bertolak ke JB
Pukul 6.15 macam tu sampai rumah Zana, Alhamdulillah adik ipar Zana hantar kami sampai ke Airport. Terima kasih Achum! pukul 8 lebih kami take off. Sampai di JB lebih kurang pkl 9.15 terus ajak kakak aku gi makan lontong kering! dah lama gila tak makan.. rindu sangat nak makan lontong kering.. tapi tak sedap plak restoran tu masak :(. 

Aku ngan partner holiday kali ni! Zana!!!
Lepas breakfast kami pergi ambil kereta kat umah abah aku then terus pergi gi JPO, sebenarnya nak cari sandal untuk aku tapi asyik la takde size gewammm!! lepas pusing satu JPO perut pun lapar makanya cari makan kat Restoran Nelayan di Pendas Laut Gelang Patah, kami makan asam pedas.. kat situ memang sangat terbaik asam pedas dia, plus dengan angin laut memang SYOIK sangat, rasa nak tido kat pangkin tu jerp! lepas makan tengah hari kami terus check in di Tune Hotel, Zana plak jumpa kakak dia. Lepas check in dan rehat-rehat kan badan, petang sikit baru la aku ngan hubby kuar untuk sambung misi mencari sandal... Malam tu ambil Zana terus g makan kat mee rebus tulang ZZ kat Damansara Alif.

Lunch kami..
Berlatar belakang kan laut!
bot-bot nelayan
Badan pun penat, esok pagi nak kene bangun awal sebab bas nak ke USS gerak pukul 7.30am.. sampai je hotel terus mandi & tidur!

Kira-kira 
Breakfast untuk 5 orang : RM27.00
Makan Tengah hari : ade orang tu belanja! tq yanggggg!
Minyak kereta : RM50.00/2 = RM25.00
Makan Malam 2 mee rebus & 4 air: RM25.00
Topup Touch n GoToll : RM10.00

Total : RM87.00

Day Three
Pagi-pagi dah kena bangun sebab aku nak hantar kakak aku gi keje (aku pakai kereta dia sepanjang kat sana) pastu balik hotel kemas-kemas baju & check out.

Destinasi yang pertama kami pergi makan Kacang Pool berdekatan dengan balai bomba larkin.. kalau balik JB sure memang kami singgah situ, tak sah kalau tak pergi!

google pic
Lepas breakfast kami terus ke Puteri Harbour, dah lama gila tak pergi sini.. macam-macam dah ade! pastu jumpa plak ex officemate aku kat sana.. lagi la! hilang rindu mak kat uollsss nok!
ex officemate aku! owhh!! rindu merekaaa.. dapat jumpa sekejap memang tak puas!
kami di LAT cafe kat Puteri Harbour theme park
Suka sangat gambar ni!! macam adik & kakak.. ahahahahha!
Dari Puteri Harbour kami ke Legoland, tak masuk pun dalam legoland just bergambar kat pintu gerbang sahaja! ingat nak beli survenior Lego tapi mahai nya tiket! untuk Adult RM140.00 kalau korang just nak shopping sahaja pun boleh, korang boleh pakai shopper pass. Deposit RM140.00 dengan syarat korang kena berbelanja RM100.00 keatas kat kedai di dalam Legoland dan diberi masa hanya 1 jam! weiiii!!! mana cukupppp!

Akhirnya sampai jua kat sini! masa aku keje kat Nusajaya sume ni takde lagi!

Hotel Legoland opening 2014

Sempat basahkan tekak! terik gila kat Legoland..
Lepas gi Legoland ade budak kecik tu nak beli bag, so shopping la pulak kat AEON Bukit Indah, akhirnya jumpa gak sandal yang aku cari-cari! walaupun bukan 100% citarasa aku.. hikhikhik!

Dah letih berjalan sana sini, kami pergi makan kat mee bandung Warung Pit kat Sungai, kat sini memang tempat makan favourite aku masa kerja kat Nusajaya, harga murah & sedap!! kat situ juga ade gerai air bandung soda yang SUPER sedap!! tapi tutup la pulak!. Lepas dah makan kenyang  kami lepak kat umah kakak aku di Gelang Patah.. sempat gak la melelapkan mata untuk 1 jam sementara nak tunggu kakak aku balik kerja. Dalam pkl 5.30pm kami pun pergi ambil kakak aku blik kerja dan dia la yang hantar kami ke airport! tq kakak ku!!

Jelous tengok orang belakang tu.. romantik jerp!
Sampai kat LCCT dalam pkl 9.15pm flight tercepat 20 minit.. laju kot pilot tu bawa.. hikhikhik! bila touch down jer memang Achum dah tunggu kami pun.. tq sekali lagi to Achum sebab sudi tumpangkan kami sampai ke Putrajaya!

So berakhir lah percutian budget kami selama 3 hari 2 malam..

Banyak lagi tempat yang tak sempat aku nak bawa Zana pergi kat area JB, contohnya Pasar Karat, mee udang black pepper, air bandung soda, steamboat lotun van, cakoi & tahu bakar... ehhhhh!!! banyak laaaa! next time kita gi lagi yer yanggg..

Kira-kira 
Breakfast dan makan mee bandung: Ade orang tu belanja lagi.. *adeh! malunyaaaa.. tq yang sebab belanja
Minyak : RM30.00
Sandal & baju kerja : RM150.00
Total : RM180.00

To Zana: Sorry kalau trip kita kali ni banyak kekurangan.. next time kita gi lagi kita improve ok yang?? tq sebab banyak belanja kami makan.. malu tauuuu!!

Ulasan

  1. terlalu banyak ko bawak aku & adiey kat kedai makan.. akibatnya terus pipi aku naik sekilo.. hahahha..

    tq yang sebab bawak aku ke sana ke sini.. syokkkkk sangat2.. next trip plz.. hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang nak bagi pipi ko tembam!! sama tembam macam aku gak! ok next trip eh nnt :P

      Padam
  2. Assalamualaikum kak zue, bestnya! macam kembar pulak sheila tengok. heeee, kak zue ni. sheila selalu je baca sini. jangan la touching2. hihi. anyway, best kan ada partner pergi honeymoon :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kembar ngan siapa yang? terima kasih sebab sudi jenguk sini...

      Padam
  3. wahhh syoknya kak zue..huhu kak! jemput support segmen Shakira kak..:) TQ!


    http://lotsoflovebyshakira.blogspot.com/2013/07/segmen-sebulan-berblog-by-shakira.html

    BalasPadam
  4. bestnya korang berjalan..seronok tengok, nak ikut..hehee

    BalasPadam
  5. next next booking ida dulu pleaseeee.. kalau ida majuk. muahahahaa

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?