Selasa, 24 September 2013

Nikon S31 Kamera kalis air termurah

ehemmm.. tinggal berapa hari je lagi nak pergi release tension! yeahhhhh! dalam hati ni melonjak kegirangan.. maklum la tempat yang dah lama sangat aku idam kan.. semoga semuanya berjalan lancar!

eh ni nak cerita, sempena nak gi release tension ni aku ade beli gadjet baru.. maklum la nak gi tempat yang berair harus la kita beli yang kalis air. Lama gak aku pikir nak beli ke tak sebab kamera yang ada sekarang pun tak terguna.. huhuhuh! tapi puas pikir akhirnya beli juga. 

Aku mula nya minat brand SONY

Sony Cybershot TF1
Tapi sebab budget aku tak mencukupi makanya beli kamera yang paling murah, cari punya cari jumpa la brand Nikon S31

Nikon S31
Jangan risau kamera ni kalau kena air pun takpe.. dia boleh bertahan pada kedalaman 5meter setakat nak snorkeling geli-geli leh aaaa.. kalau nak diving segala memang tak boleh! kamera ni boleh bertahan dalam air selama lebih kurang 30-40 minit macam tu. Lagi satu keistimewaan kamera ni, dia tahan lasak kalau jatuh dari ketinggian 2 meter insyallah tak rosak.

Macam-macam gak function yang ada dalam kamera ni, contohnya frame, lepas tu fish eye dan macam macam lagi la.. Pokoknya aku suka sangat la kamera ni ☺! kualiti untuk kamera ni adalah 10 megapixel, boleh tahan cantik juga la gambar-gambarnya.. nanti next entri aku review pasal kamera ni yeee..



9 ulasan:

  1. wah! jeles2..hehe release tensin nak ke mana kak? nak ikut..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. heppp! kita gi honeymoon mana leh ikut ;)

      Padam
  2. Assalamualaikum kak zue. mana beli? nak jugaaa. cepat buat review ye! kalis air ni bagus, senang nak baca pergi snorkelling :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hai sheilaa... beli kat fotokem low yatt.. nnt kak zue review eh :)

      Padam
  3. betul tu zue..brand sony ni agak mahal juga kn..kami hrtu saat-saat akhir tercari2 kamera underwater ni..betul2 hari sebelum berangkat tu baru smpt beli..:-) ..kami beli brand olympus tg-620..dpt beli yg diskaun agak murah jg..review kamera & gambar underwater tg-620 yg diambil di entri ni..

    http://iwannabeumie.blogspot.com/2013/09/pulau-mabul-kapalai-sabah-our-precious.html

    happy vacation zue ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq dear, tapi mabul tu tempat idaman juga tu.. insyallah next nak kumpul duit..

      Padam
  4. bape hengget ni zue?waaa...teringin nk beli kmera kalis air jugekkkk..epi oliday =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. kamera ni adalah yang termurah antara kamera kalis air yang lain dear.. RM398

      Padam
  5. yeayyy! janji boleh geli geli snorkeling sudah la yee.. muahahhhaa

    BalasPadam