Hobi mengumpul Fridge Magnet

Lama tak update koleksi FM aku kan? lama gak aku tinggalkan sepi blog aku ni...selalu update pasal treatment je kan? kita selang kan dengan hobi plak. Makin menjadi-jadi plak perangai kumpul FM ni, asal orang pi bercuti sibuk pesan! huhuhuh! pesan pakai air liur je plak tu.. sure menyampah kan? ahahah!

Setelah kumpul untuk beberapa tahun.. ini lah hasilnyaaa.... TADAaaaaa...

dah siap lekat kat magnetic board
Siap order magnetic board lagi.. padahal berapa ketui je kan? ngada betul!! yang ada kat magnetic board ni semua koleksi dari obersea.... yang domestik punya masih lekat kat peti ais. Tak muat plak nak letak semua.. cadangnya aku nak bagi magnetic board ni kat abang ipar aku & aku nak beli yang besar skit...  tunggu ade duit lebih skit nnt aku order yang lain ☺.

Nanti ada masa aku nak update satu-satu FM aku ni.. FM ni dari mana, tahun bila aku dapat... siapa yang bagi. Semua ni kesayangan aku ni... terima kasih sangat-sangat kepada yang sudi bagi aku FM-FM ni.. semoga FM aku akan beranak pinak pada masa akan datang.. Yippi!

Ulasan

  1. samalah kita suka collect fm jugak dah penuh kat pintu peti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. nnt salmi tepek aaa dalam blog.. nak tengokkkk!

      Padam
  2. sue pun ske kumpul..tapi skang simpan dulu..nak cari board , x cari2 lagi.hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. gi cari sue.. kalau cari, cari yang besar.. senang nak simpan :)

      Padam
  3. hobi kita sama zue..pun smpi dh penuh pintu fridge tu..hehe..mana taknye pergi sesatu tmpt tu smpi 2-3 FM nak beli..skrg dh x muat pula nk letak..hehe.

    BalasPadam
  4. selingan...saya pon pengumpul FM ni...macam2 tempat ade..tapi kalau dari obersea tu orang kasi la...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama la.. belum ada lagi yang obersea kita beli sendiri :(

      Padam
  5. kak mana nak dapat magnetic board tu ea?

    BalasPadam
    Balasan
    1. beli kat FB: D' Shima'z Collection's macam macam size de.. sila la terjah :D

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?