Pengalaman di Hospital Kerajaan untuk merawat masalah kesuburan

Salam,

Aku saja je nak kongsi pengalaman kenapa aku pergi hospital kerajaan. Sebelum ni aku memang ada pergi ke klinik swasta untuk ni, tapi tak bertahan lama sebab apa? salah satu nya kewangan, memang boleh claim kat company tapi bila kena dulukan duit satu hal plak kan. Untuk dapatkan treatment kesuburan memang sangat memerlukan wang yang banyak serta kesabaran yang tinggi.

Setelah 2-3 kali asyik tertangguh untuk teruskan rawatan di klinik swasta aku mengambil keputusan untuk buat di Hospital Kerajaan. Memang ramai sebenarnya yang cakap Hospital Kerajaan ni lambat dan sebagainya *termasuklah aku ☺ tapi pada aku takde la teruk mana Hospital Kerajaan ni. Sementara nak tunggu next treatment tu kita masih di bawah pemantauan doktor, contohnya doktor bagi kita makan ubat turunkan hormon atau kena buat blood test atau sperm test dan sebagainya, takde la menunggu kosong je kan? sekurang-kurangnya dari menunggu bila masa nak pergi ke Klinik Swasta tu ada baiknya try je kat Hospital Kerajaan.

Bayaran setiap kali treatment pun murah, cuma masa nak buat treatment tu la kena datang waktu bekerja... takpe-takpe kita korbankan sedikit masa untuk ni. Kesabaran untul deal ngan Hospital Kerajaan ni mesti di tahap yang tertinggi sebab waktu nak jumpa doktor tu lama, tapi ikut nasib gak.. kadang-kadang tak sampai 10 minit duduk no dah sampai giliran. Lagi satu yang tak best nya kita tak boleh nak pilih-pilih doktor nasib ko la kalau dapat doktor lelaki.

Tapi pada aku la... Hospital Kerajaan ni takde la seteruk mana seperti yang orang lain cerita. Servisnya Ok je nak kata terbaik tak juga la.. orang kata average la, sesuai bagi rakyat macam aku ni.

So sesiapa yang terpikir nak pergi buat treatment kat Hospital Kerajaan.. aku amat SOKONG 100% buat masa ni aku rasa treatment aku semua berjalan lancar & tiada masalah yang besar. Korang jangan la ragu-ragu ye, walaupun murah tapi layanan dia sama je ngan klinik fertiliti lain. Ubat yang diberi pun sama je ngan klinik swasta Hospital bagi FREE lagi. So tak payah pening kepala nak pikir berapa harga ubat, segala-galanya ditanggung.


Ulasan

  1. Assalamualaikum kak zue, semoga dipermudahkan urusan kalian.. sheila pun cadang bersalin di hospital kerajaan. lain orang, lain pengalamannya kan. kita berserah je ~~~

    BalasPadam
    Balasan
    1. akak pun.. lain orang lain pegalaman nya. kebanyakkan hospital swasta kalau takleh handle kes pun tolak ke hospital kerajaan.

      Padam
  2. Hospital sekarang dah tak sama mcm dulu... i rasa banyak dah improve, especially tang layanan. Kalau kena giliran lama tu, i rasa hospital swasta pon tunggu lama gak... esp bila doc ramai patient.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan? biasa la hospital kerajaan ni macam macam orang berkunjung sebab tu lama..

      Padam
  3. cek kat hospital mane ye?usually kes bape tahun je dia amik?ke xkesah? :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. iya, hospital government memana pun boleh. tapi yang penting kene amik surat rujuk pakar dulu dari klinik kesihatan

      Padam
  4. zue wat kat hospital mana..moga dipermudahkan ya urusan

    BalasPadam
  5. nak tanye,
    yang you post pergi ke pulau perhentian,
    mana boleh dapat package ini?
    kerana saya plan nak pergi sana dengan budget.
    thanks

    BalasPadam
  6. zue, samelah, saya sebelum ni mana2 pun buat dgn hospital kerajaan.. so far semuanya ok..cuma part doc tu jelah..x dpt doc perempuan.. heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan? nasib nasib la.. kalau aku kaya leh pilih je laki ke pompuan

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?