Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian


Bahasa yang biasa digunakan dalam dunia TTC

Bagi yang bukan TTC mereka sure tak paham apa yang kawan-kawan TTC selalu cerita, banyak perkataan-perkataan yang kadang aku sendiri pun tak pernah dengar, bila google baru la tau. Ni hasil google yeee..

CD:Cycle Day (Kitaran period setiap bulan bermula dari hari pertama CD1 hingga hari terakhir  period setiap bulan)

DPO:Days Past Ovulation (Hari selepas berlaku ovulasi @ selepas hari subur. Biasanya kiraan bermula dengan DPO1 hingga hari terakhir sebelum period. DPO boleh dikira sekiranya seseorang tu buat BBT (Body Basal Temperature) melalui jadual BBT. Selain tu,pada individu yang melakukan rawatan IUI dan seangkatan dengannya. Boleh juga dikira sekiranya menggunakan OPK (Ovulation Prediction Kits). 

 2ww:Two Week Wait (Sama kiraan seperti DPO cuma perkataan je lain-lain, maksudnya 2ww ni adalah masa menunggu sama ada pregnant atau tak pregnant)

O:Ovulation (Hari berlaku Ovulasi/pengeluaran telur pada setiap bulan)

BD:Baby Dancing (Seks)

BBT:Basal Body Temperature (Ambil suhu badan setiap pagi apabila bangun tidur tampa berlaku pergerakan yang banyak dan tidur nyenyak sekurang-kurangnya 4 jam. Suhu diambil pada masa/jam yang sama setiap pagi dan catat suhu tersebut. Masa yang sesuai mula ambil suhu adalah selewat-lewatnya hari ke-3 period. Untuk kemudahan anda boleh menggunakan aplikasi darihttp://www.fertilityfriend.com/ untuk membuat pengiraan anda hanya masukkaan data sahaja. Tujuan membuat BBT adalah untuk mengenalpasti hari/masa sebenar berlakunya ovulasi melalui suhu badan. BBT sangat sesuai dilakukan oleh wanita yang mempunyai kitaran period yang tak regular dimana sukar untuk memastikan hari berlaku ovulasi.

OPK:Ovulation Predictor Kits (Alat untuk mengesan Ovulasi mengukur kadar lonjakan  LH ( Luteinizing hormone) dalam urin, cara penggunaan sama seperti menggunakan pregnancy test)
  
M/C:Miscarriage (Keguguran)

BFN:Big Fat Negative (Not Pregnant/Tidak Mengandung)

BFP:Big Fat Positive (Pregnant/Mengandung)

IUI:Intra-uterine Insemination (Sperm suami akan dicuci dipilih yang terbaik dan akan dilepaskan terus ke rahim. Memendekkan masa Sperm untuk berenang ke ovum.

IVF:In-Vitro Fertilization In Vitro Fertilization (Sperm dan Ovum disenyawakan secara manual di makmal dan apabila berjaya disenyawakan, embrio tersebut akan dimasukkan ke dalam rahim.

O&G:Obstetrical and Gynaecological (Perbidanan dan Sakit Puan)

HcG:Human Chorionic Gonadotropin (Hormon dikesan dengan alat ujian kehamilan/pregnancy tests)

EWCM:Eggwhite cervical mucous (Cecair keputihan-putih telur yang keluar dari vaginal)

TVS:Transvaginal Scan

FSH:Follicle Stimulating Hormone (Hormon penting yang terlibat dalam proses mematangkan ovum/telur)

HSG:Hysterosalpingogram (Pemeriksaan Sinar-X dengan menggunakan cairan dye yang dimasukkan melalui pangkal rahim. Pemeriksaan HSG bertujuan untuk memeriksa rahim dan saluran tiub fallopio sama ada tersumbat atau tidak)

CP:Cervical Position

kredit to : http://kedestinasi.blogspot.com/


Ulasan

  1. Assalamualaikum kak zue. baru tahu.. semoga dipermudahkan segala urusan kak zue dan suami.. sheila singgah sambil klik tabung sini ya ~~~

    BalasPadam
  2. Salam ukhuwah dan salam ziarah dari bunda...

    #prayforMH370

    BalasPadam
  3. Kita diberi kesempatan olehNya untuk belajar bahasa advance dari org lain....kan?

    BalasPadam
  4. wah, sue byk maksud yg tak tahu ni.. heheh.. kdng2 bila blogger lain share psl proses n journey TTC diorang, kebil2 jgak nak fhm..hee... ni mmg tak TTC btul2 lgi sue ni :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhuhuh! kiat pun sama sue.. belajar slow slow

      Padam
  5. itulah kita belajar lebih sikit dari orang lain..moga usaha kita semua dipermudahkan olehnya..aamiin

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Apa itu Hormon Prolaktin?