Holiday di Grand Lexis PD

Kita lupakan feeling yang tak best meh kita cerita moment yang seronok-seronok! 

Weekend yang lepas aku ngan kawan-kawan sekasut aku pergi holiday di Grand Lexis, PD.. Seronok gila dapat stay kat sini! lama berangan nak stay kat sini, kalau la tak kerana "pool money" kitaorang, memang tak merasa la weiii! 
Kami pergi berenam Yani, Yana, Nana, Adam & Zana
Malam sabtu tu aku prepare ayam & kambing untuk dibakar esok hari, kemudian pepagi buta dah bangun buat 1/2 cook untuk ayam & kambing supaya tak mengambil masa nanti. Lepas siap masak, kemas rumah then terus gerak gi umah Zana. Sementara tunggu Mak yong shopping, lepak-lepak dulu di rumah Zana makan nasi lemak.. TQ Zana untuk nasi lemak legend kita ☺!

Lepas Mak yong sampai kitaorang terus gerak ke PD! weeeehuuuuu! Kami lalu jalan lama Dengkil.. kalau tanya aku memang aku tak ingat la jalan tu, mereka-mereka ni yang tunjuk jalan.. aku drive je la mengikut arahan.

Alhamdulillah kami sampai di PD waterfront lebih kurang 3.15pm, sampai je di sana terus set up untuk bakar-bakar!

Ayam bakar resepi MIL aku... 
tak tau la apa rasa.. diaorang redho je! hikhikhik!
Tak lama lepas tu aku buat-buat sakit perut (tapi memang perut tak selesa dari 2 hari sebelum), kononnya nak cari tandas padahal kami ade suprise yang perlu untuk dilunaskan! 

Suprise apakah yang kami buat??? next entry la cerita ehhh.. macam panjang plak. tapi siapa yang dah baca entri Zana sure tau suprise apakah itu.

Ulasan

  1. Assalamualaikum kak zue, dah tengok blog zana, sweet lah korang semua. hehehhee

    BalasPadam
  2. Ala tak sabarnya nak tau cite,mesti yunny terharu gile kan.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?