Budget trip ke Pulau Mabul ~ Part 2

Aku cerita by day la senang aku nak ingat & imbas nanti ☺

Day 2

Seperti yang aku cerita sebelum ni Sabah awal 1 jam dari semenanjung, pukul 6 pagi dah terang.. bila hari dah terang dah tak boleh nak tidur. Sebelum aku tidur semalam aku dah siap-siap call pakej tanya pasal boat nak ke Mabul pukul berapa. Dia bagitau dia akan ambil kami pukul 8am, so sebelum 8am kami kena bersiap-siap.

Lepas bersiap terus check out, sebelum naik boat harus la pergi makan dulu kan? balik je dari breakfast tengok-tengok van dah tunggu pastu dianya driver leh plak nak tinggal kan kitaorang, bila aku tanya lama ke tunggu? dia cakap tak la.. baru sampai, kalau takde tadi mmg saya dah tinggal.. ehhhh! boleh camtu erk?


Jangan lupa try nasi kuning ni eh! sedap!
Teh C special
Aku amik pakej dengan Arung Hayat, macam mana aku amik pakej ni? leh je email direct terus kat Arung Hayat atau pun melalui Agoda. Kami ambil pakej snorkeling 3 hari 2 malam. Kami dibawa ke Jeti Arung Hayat berhadapan dengan chalet Dragon Inn, tunggu dalam 15 minit macam tu kami pun terus gerak ke pulau, dalam perjalanan kami satu boat dengan pelancong China.. Perjalanan ke Pulau Mabul dari Jeti Semporna lebih kurang 1 jam ke 45 minit mengikut keadaan cuaca. Alhamdulillah cuaca hari tu sangat baik & cerah!


Selfie dulu di jeti
pemandangan sepanjang perjalanan
pelancong dari China satu boat ngan aku
Aku tak pasti aku sampai kat Pulau pukul berapa... yang penting bila sampai kat pulau tu mulut ni tak henti-henti cakap cantik & subhanallah sebab memang sangat cantik pulau ni.. Air dia memang sangat jernih sampai boleh nampak ke dasar. Isi-isi dalam laut semua leh nampak! tapak sulaiman, ketam, siput, sotong & ular laut bersepah.


pemandangan di Mabul
Bila kami tiba je staff Arung Hayat sambut kami dengan senyuman, memang friendly sangat, Naik ke jeti terus check in, diaorang bagi kunci & tunjuk bilik. Alhamdulillah bilik nya memang aku puas hati, letak je barang terus pergi ke ruang makan beli air mineral water sebab tekak kering sangat, korang jangan risau kalau korang stay kat Arung Hayat air Free je, tak kisah la air masak ke air kopi ke teh ke semua korang boleh self service. Kat situ juga ada 1 kedai kecil, aku beli mineral water sebab kami takde botol so terpaksa la beli air mineral nak dapat kan botol kemudian leh la gunakan botol tu untuk refill air.

Elektrik memang takde dari pukul 6 pagi sampai 6 petang tapi insha allah dalam pukul 12pm ke 2pm macam tu mereka on sekejap. Bila takde eletrik memang lepak kat luar je la, panas duk dalam bilik! puas gak ke sana ke mari tengok keadaan chalet. Maybe salah sorang staff tengok aku tak tentu arah dia tanya nak pergi snorkeling tak? so aku ok je sebab bosan kot tengah hari buta dok kat chalet ni. So kami bersiap-siap untuk pergi snorkeling.

Spot pertama yang kami pergi adalah di sekitar Mabul guide bawa kami ke Paradise 1 di Sipadan Water Village, memang cantik resort ni! salah satu resort yang aku idam kan nak stay.. kat sini yang ada hanya coral, ikan-ikan tak banyak sangat. Kemudian kami cakap kat sini tak banyak ikan tak menarik sangat, dia pun bawa kami ke paradise 2. Di sini baru la ada ikan & coral yang boleh tahan cantik.


Aktiviti snorkeling
Ni la Sipadan Water Village
Salah satu spot yang banyak ikan besar-besar
lepas dah puas snorkeling kami pun pulang. kemudian terus mandi bersihkan diri, tak lama lepas tu diaorang ketuk pintu untuk makan tengah hari! Kalau korang stay kat Arung Hayat korang jangan risau pasal makan.. kat sini makanan dia memang superb sedap & banyak! 


Makanan yang aku sangat rindui
Lepas dah makan, sambung lepak-lepak kat jeti tengok ikan-ikan, tengok laut sambil main game. Tak lama tu elektrik ada sekejap so cepat cepat pergi cas handphone. Petang nya kami planning nak gi pusing-pusing pulau, tengok culture orang kat situ *gambar dalam DSLR nanti ada masa aku upload.

Dalam pukul 5pm macam tu kami pun jalan-jalan pusing kampung, keadaan di dalam kampung nampak bersih, tp keadaan kat gigi air belakang rumah diaorang kotor dengan sampah sarap, sampai aku plan nak mandi kat jeti pun rasa macam tak selera. Kami pusing kampung jauh juga tengok culture mereka, memang seronok! lepas dah puas jalan kami berhenti minum sebentar. Lepas minum terus balik, masa kami jalan disekitar kampung yang tak seronoknya bila kena pau ngan budak-budak bajau.. tapi sebenarnya memang kami dah stanby duit untuk bagi kat diaorang tapi cara dorang meminta tu yang aku tak berapa berkenan, lepas minta minta lagi kalau macam ni tokey balak pun bangkrup!

Sampai kat chalet je elektrik dah ada, kami mandi & bersih kan badan kemudian layan matahari terbenam. Subhanallah memang cantik sangat. Lepas matahari dah terbenam kami pun masuk bilik, malam tu diaorang ketuk pintu cakap dinner dah ready, macam biasa makanan is marvelous! 


Layan Matahari terbenam sambil cerita planning kehidupan akan datang
Subhanallah indah ciptaan Allah
Lepas makan lepak lagi kat jeti kemudian datang sorang staff mereka cakap ada ikan pari besar main-main kat belah depan, memang besar sangat ikan pari tu dok bermain-main di permukaan air. Tak lama lepas tu datang pulak penyu lalu di bawah chalet kami.. Ya Allah best gila bila nampak penyu. huhuhuH! dasar jakun!


Nampak tak ikan pari?
Makin lama makin dekat..
dah puas lepak kat luar tengok bintang kami pun masuk tidur, tak larat penat sangat snorkeling.

Kira-kira 

Breakfast                  : RM16.00
Rokok                       : RM22 (2 kotak)
Mineral water            : RM8 (2 botol)
Minum Petang           : RM6.50
Pakej 3hari 2Malam   : RM900.00 ( 2 orang)

Total: RM952.50


Ulasan

  1. wah seronoknya... siap nampak pari n penyu..
    sue mmg teringin nak gi Mabul..tgapi ade beberapa case penculikan kat sana tu takut jgak.. w/pun dia culik foreigner, riso tu ttp ada..
    lagi satu siang pun xde lektrik ye..huhu.. mmmg kna gi lpak luar jelah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. pasal kes penculik kan tu sue takyah risau, tempat yang ade kes tu jauh dari Mabul, lagi satu kat Mabul sentiasa ada polis tu yang tak risau sangat.

      Elektrik ade kejap je dalam 2-3 jam macam tu.. kalau nak ada letrik 24hrs leh stay kat sipadan watervillage :) try la su survey

      Padam
  2. cantikknya pulau mabul...
    teringin jugaklah nak pegi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. pergi la nory bawa baby sekali.. mesti dia suka

      Padam
  3. perghhh santeknya laut..subhanallah...

    pari tu leh tangkap n bako sendiri x ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau leh tangkap aku dah tangkap weh.. kalau bakar fresh2! perghhh.. layannn

      Padam
  4. hai sis ade wechat or email nk contact x? nk tye details sbb nk pergi sana nov ni. hihi tq :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dear ni email dia sipadanadventures@gmail.com

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?