Isnin, 26 Mei 2014

Budget trip ke Pulau Mabul ~ Part 3

Day 3

Hari ke-tiga di Mabul! macam biasa pukul 6pagi macam tu dah tak boleh tidur hari dah cerah. Aku bangun terus pergi mandi, lagipun tak selesa sebab elektrik dah takde kan. Kemas-kemas barang sikit then layan main game, transfer gambar pastu kejut hubby suruh bangun & mandi.


Dalam pukul 8 macam tu staff Arung Hayat ketuk pintu untuk breakfast. Sambil breakfast bual-bual dengan pelancong dari China tu, dia cakap malaysia sangat cantik... tapi diaorang sesat kat Airport (KLIA2) sebab dia cakap Airport kat Malaysia VERY BIG! hikhikhik!


Lepas breakfast macam biasa lepak-lepak dengan hubby tengok laut, sambil menghirup udara segar di Mabul! dan bosan lepak tu kami tanya pukul berapa nak pergi snorkeling? then diaorang cakap nak pi sekarang pun boleh! dengar macam tu berdesup gi tukar baju.. trip snorkeling kali ni memang tak sabar sangat.. sebab kami nak dibawa ke Pulau Kapalai!!!



Pulau Kapalai ni sangat cantik! kat situ ada juga resort.. mahal ok resort ni! tak tahu 1 malam berapa rate dia. Di sini coral dia semua cantik-cantik, ikan pun banyak, Bff aku cakap time dia pergi dulu penyu banyak!! tapi time aku pergi sekor penyu pun tak jumpa sedih sangat. 


Coral yang sangat cantik


Resort di kapalai yang mewah!

Lama gak kitaorang kat sini, dalam sejam lebih duk berenang-renang tengok coral.. kat sini ada satu bahagian tu cetek nampak coral-coral, tapi bila tiba di tebing terus jumpa laut dalam heyyyy!! seram sangat, seriau ok! dah la aku ni takut tinggi!

Lepas abis snorkeling kami terus balik ke chalet. Macam biasa lepas snorkeling kita bersihkan badan, lepas tu makan tengah hari. Lepas makan aku tertidur, walaupun panas.. hentam je laa! penat snorkeling. Target hari ni tunggu air surut aku suruh hubby turun collect tapak sulaiman! tapi ya ampun laki aku pengeli.. tapi bila kena paksa dengan isteri dia terus cair! hikhikhik!



hubby & tapak sulaiman
Tapak sulaiman yang cuteee!

Petang tu kami jalan-jalan lagi kat sekitar kampung, rupaya ade jalan shortcut nak ke pantai.. hikhikhik! dah balik baru kami tahu! Sampai kat chalet staff Arung Hayat tanya esok aku nak blk pkl brp, so aku cakap aku nak balik pkl 8 as per email yang boss dia bagi kay aku. Tapi dia cakap aku kena tambah duit kalau nak balik awal.. rupanya boss dia miss communication ngan aku, dia ingat aku tanya pasal bot nak ke Mabul padahal yang aku maksudkan bot nak ke semporna.


Bila dah macam tu hati aku panas la, tak pasal aku nak kena tambah lagi RM100, bukan berkira duit.. tapi sebab aku dah tanya bot nak balik pukul berapa then dia balas pukul 8 so aku assume kami akan bertolak dari Mabul pukul 8am without any additional charges, aku suruh boss dia cek semula email tapi dia tetap bekeras nak duit RM100 aku tu. Aku cakap ngan staff dia takpe la esok aku try cakap ngan boss dia.


Petang tu nikmati hari terakhir tengok matahari terbenam di atas deck! aku rasa kat Mabul ni memang syok sangat tengok matahari terbenam.. Bila hari dah gelap & elektrik dah ada kami cepat-cepat masuk bilik untuk mandi.



Petang terakhir di Mabul
Malam tu time dinner nak makan pun takde selera, sebab apa? kira macam aku tertipu la sebab dia cakap semua dah termasuk tetiba minta tambahan RM100 siapa yang tak bengang kan? Malam terakhir di Mabul aku terperap je dalam bilik, sebab hati panas je.. tidur pun awal! SPOILED mood holiday aku je bila hal macam ni jadi!! pfttttttt!


Kira-kira 

Rokok                       : RM13.00
Ais krim                   : RM1.50
Minum Petang           : RM8.50

Total: RM23.00

6 ulasan:

  1. btul..tension kalau agent buat hal..leh jadi spoil mood percutian..huhuh

    BalasPadam
  2. not gud la travel agent ni ehh. okay ida banned die! hihihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. better cari homestay lain kalau nak pegi, not Arung Hayat.

      Padam
  3. kan? nyampah sangat.. sue yang sue g tasik kenyir tu macam best sangat.. tapi cam ngeri plak nk tido kat tasik tu (dalam kapal)

    BalasPadam
  4. insiden rm100 nih macam semua org jer kena. aku cam terbace few times gak neh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ntah la.. maybe miss communication kot. Tapi agak kecewa la bila terjadi perkara mcm ni.. hilang mood, kalau betul2 orang tu xde duit & terpaksa kejar flight mcm mana agaknya eh?

      Padam