Budget trip ke Pulau Mabul ~ Part 4

Day 4

Hari ni last day, bangun awal nak kemas baju & barang-barang.. kalau korang nak tau makanan yang kami bawa dari semporna sikit pun tak sentuh, sebab kat sana makanan tak yah risau tak cukup semua cukup! aku plan nak tunggu anak bajau laut datang minta baru nak bagi.


Tengah packing barang staff diaorang datang cakap breakfast dah ready, kami pun keluar la pergi breakfast.. tengah breakfast staff dia datang bagi invoice. Aku ingat lepas dah slow talk pasal bot tu dia tak kira dah rupanya dia kira gak, then aku tak puas hati suruh staff dia call boss dia. Lepas argue ngan boss dia akhirnya aku mengalah juga aku bayar juga la harga boat tu! dengan rasa sakit hati aku cakap aku nak cancel transport ke airport.. takpelah kami cari la transport sendiri ke airport nanti.


Ramai gak artis yang pernah stay kat sini
Lepas breakfast kami lepak-lepak, then staff dia cakap tunggu kejap boat dari semporna baru bertolak dalam pukul 10.00 macam tu mereka sampai. Sambil lepak-lepak tunggu anak bajau laut lalu, bagi duit, bagi makanan. Tengah-tengah lepak staff Arung Hayat datang kat aku pulang kan semula duit RM100 tu, katanya boss dia baru baca email & dia admit dia yang salah bagi info kat aku. Tapi semua dah terlambat... malam terakhir aku musnah dek kerana kecewa dengan servis yang macam ni! 


anak-anak Bajau laut
Selfie dulu sebelum balik
Bye-bye Mabul!!
Dalam pukul 10.00 macam tu bot pun sampai, lepas diaorang transfer barang-barang dari bot kami pun berlepas ke semporna, macam masa pergi juga perjalanan mengambil masa 1 jam. Sampai sahaja di Semporna kami terus cari van/bus ke Tawau, korang jangan risau berlambak je van nak ke Tawau airport caj nya pun murah je RM10 sekepala tapi korang kena bersesak skit la dengan penduduk tempatan.


Sempat bergambar dalam van
Keadaan di dalam Van, seronok gak sekali sekala backpackers begini! I LOIKE ♥♥ 
Kalau korang nak naik Van ke Tawau ni korang boleh pergi cari berdekatan dengan KFC Semporna, disitu la segala van yang nak ke Tawau. Kalau korang naik teksi ke Airport RM95 satu teksi, nak ke tawau kena tambah lagi RM45.


Memandangkan flight kami pukul 6.00 petang so kami cadang ke pekan Tawau dulu untuk beli cenderahati, kami cadang nak ke Pasar Gantung & Pasar Tanjung. Perjalanan ke Tawau mengambil masa 1jam 45minit! jauh kan? bertabah la duduk dalam van tu. hikhikhik!

Tiba je kat Tawau terus kami ke toilet kat dalam salah sebuah shopping mall, tanya juga penduduk sekeliling arah nak ke Pasar macam mana, Alhamdulillah penduduk kat sana sangat membantu! Akhirnya kami jumpa juga pasar gantung. Jalan kaki dari tempat kami turun tu dalam 15 minit.

Sebelum ke Pasar gantung kami singgah makan dulu, kemudian baru kami berjalan ke pasar gantung! apa yang ada kat pasar gantung ni?? dalam pasar gantung ni diaorang jual baju-bajan, mutiara & cenderahati, aku adalah beli sesikit barang untuk kenangan.

kemudian aku teruskan ke Pasar Tanjung, Jarak antara pasar Tanjung dengan pasar gantung lebih kurang 5 minit berjalan kaki, dekat jer! Kat pasar tanjung ni ada jual ikan kering, ikan masin, keropok-keropok hasil sabah, barang-barang basah. Hah! kat sini aku borong ikan kering.. semua untuk di beri pada family.

Lepas dah abis shopping kami terus ke bus stop untuk cari transport ke Airport, Cas dari Pekan Tawau ke Tawau Airport RM10 sekepala, mengambil masa dalam 30-35minit perjalanan.

Sampai Airport gi minum dulu, sementara tunggu nak check in luggage. Lepas dah siap cehck in luggage shopping sikit-sikit kat airport Tawau hikhikhik! pastu terus masuk check in! bila dah check in flight pula delay! 8.45pm baru Fly. Perjalanan dari Tawau - KL mengambil masa 45 minit.

Setibanya di KLIA, adik aku dah menunggu! Maka berakhir la percutian/ honeymoon kami berdua.

**gambar kat Bandar Tawau takde sebab bateri Gopro dah kong, nak kuarkan DSLR gabak plak! malas! 

Kira-kira 

Tawau - Semporna    : RM20.00 (RM10.00/ per pax)
Lunch                       : RM18.50
Baju 2 helai (gred baik skit)   : RM40.00 (RM20.00/ sehelai)
Baju 2 helai             : RM30.00 (RM15.00/ sehelai)
Baju kanak-kanak    : RM10.00
FM                          : RM10.00 (3 biji)
Butang baju melayu : RM14.00 (2 set)
Ikan kering             : RM69.00
Keropok                  : RM53.00
Tawau - Airport       : RM20.00 (RM10.00/ per pax)
Minum di Airport     : RM8.00
Brooch                    : RM10.00 (4 biji)
Purse                      : RM24.00 (6 pcs)

Total: RM326.50

Total keseluruhan 4 hari 3 malam untuk 2 orang : RM1,801.45

Tips: Jangan ingat kami ni nak show off byk duit plak, saje je nak catit budget untuk digunakan kemudian hari. Lagipun total ni bukan la lump sum keluarkan duit, semua nya sesikit. Macam flight & pakej dah bayar awal.. tinggal duit shopping & additional expenses je kena kumpul sesikit!

So sesiapa yang nak ke Mabul boleh la gunakan budget ni sebagai panduan! Happy Holiday!!!

Ulasan

  1. alamakkkkk selama ni ida tulis budjet ade yg ckp ida show off ke. HAHA sesungguhnya kita adalah apa yg kita fikirkan.... kalau niat nk bg panduan kita akan positif jeeeee. heee ~ baik sedia kan 2k untuk ke mabul ! baikk hehhehhehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhuhuh! kita tak tau apa orang lain pikir pada kita.. kadang kita tak niat pun macam ni tapi lain orang lain pikir.

      Lebih kurang ni la budget nya, kalau nak stay kat tempat lagi mahal, lagi mahal la budgetnya.. eida namo stay kat Arung Hayat tau, sila stay tempat lain. hikhikhik!

      Padam
  2. Zue, kira zue x amik blk ke duit tu..huhu..sabar je kn..nsib baik dulu sy duduk di BJS semua lancar..mkn pun sdap..bilik ok..mmg best n njoy Alhamdulillah..BJS tu sebelah arung hayat je kn..tmpt mkn pun sma la.. apapun pnglaman berada kt sna mmg xleh dilupakn..btul x? ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. amik, mana boleh tak amik duit tu..yup2! kami selalu lepak kat BJS sbb dekat dengan bilik..

      pengalam kat sana memang terbaik.. syok! tak boleh dilupakan

      Padam
  3. daebak... jgn risau.. aku x cakap ko byk duit.. aku suke mcm tu.. kate bajet... nak gak tau... mcm mana punye bajet.. klu dgn 1k ko dpt g berdua... aku tabik ko... nti aku nk semak karangan mabul ko nih... utk d usulkan kpd pihak atasan... heheheheh tenks

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhuhuh! ade ade je ko ni dik dah.. sila la pergi honeymoon berdua ke sana.. yang penting namo amik arung hayat ni.. tak menarik sangat

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?