Kamera GoPro Hero 3+ Black Edition

Sekarang ni trend orang pakai kamera GoPro ni kan?? aku pun tak ketinggalan juga nak ada kamera begini! makanya gigih la kumpul duit selama beberapa bulan nak beli kamera ni. Siap ikat perut tu nak beli hihihihih! teruk betul perangai!

Kamera GoPro ni ada 3 edition iaitu White 5mp, Silver 10mp dan black 12mp. Mula nya aku nak beli yang White edition je, tapi hubby aku mati-matian bangkang sebab dia paham sangat perangai bini dia yang suka menyesal lepas beli, So alang-alang dia suruh beli yang hi-spec sekali iaitu 12mp walaupun mahal tapi dia nak aku puas hati.

Target aku sebelum pergi bercuti kamera mesti dibeli, 2 minggu sebelum bercuti aku dah order kat LAZADA dia punya delivery time 6-10 hari so memang sempat sangat la sampai kan? tapi malangnya tak sampai pun seperti masa yang diberi. So terpaksa la aku cancel, banyak dah tempat aku survey kat LAZADA paling murah tapi sayangnya delivery time plak tak tepat, sedih! dekat LAZADA harga dia RM1259.00 dengan basic aksesori.

Order dengan LAZADA aku dah cancel so aku beli pulak dekat Pertama Kompleks, nama Kedai Foto Selangor, sebelum ni ada juga tanya kat kedai lain tapi rata-rata bagi harga yang sama RM1,499.00. Dekat Foto Selangor ni Alhamdulillah dapat harga jauh lebih murah dari kedai yang lain iaitu RM1,300.00 

RM1,300.00 ni akan dapat standard aksesori ade la 2-3 jenis mount dengan wifi remote untuk digunakan bersama kamera nanti, wifi remote ni hanya boleh di dapati kalau korang beli black edition je.. kalau yang white & silver korang leh download app. kat handphone.

Dia punya memori kad kena pakai Special skit.. kena pakai ultra thin class 10, baru ok. Apek kedai tu bagi RM50 untuk memori kad so total yang aku kena bayar RM1,350.. dia suruh gak beli Gopro Pole tapi mahal sangat kat situ, cadangnya aku nak cari online seller je.

Cari punya cari ade insta seller yang jual Gopro pole ni.. harga dalam IG RM70 tapi sebab aku nak guna urgent aku minta COD, dia cakap datang je kat Uptown jalan Reko dia tinggal barang kat situ. Rupanya banyak lagi monopod-monopod lain, harga pun murah skit dari dalam IG. Dia bagi RM60 untuk pole tu.. ok la kan? ke ada murah lagi? Ok kalau korang nak beli Gopro pole yang murah leh visit IG Ozzyphoto.

ok tu je nak kongsi.

Gadjet terbaru aku :)

Ni contoh hasil dari GoPro & sedikit editing.

Ulasan

  1. huwaaa dah beli.. ida beli yg adik gopro jeee... hihihii

    BalasPadam
    Balasan
    1. mula nak beli yang mcm gopro gak, tapi bila pikir banyak kali beli gopro terus sebab kita suka nyesal.. kumpul duit sikit sikit lo

      Padam
  2. beshnya ! i pon baru nak beli gopro jgk.. eheheh

    BalasPadam
  3. igt harga gopro 2K memg tak mampulah kita.
    tpi kalau bawah 1.5K boleh kumpul duit ni beli hihihihi...

    BalasPadam
  4. bawah 1.5k mila, skang tengah promotion kat mydeal.. lagi murah RM1,149.00 memang tak boleh beat harga kat tempat lain

    BalasPadam
  5. Nak taya..saya tgk dekat lazada x da waranti..awak beli dekat pertama ni ada waranti ke??

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada.. waranti drp funzsport malaysia. rasanya beli kat lazada pun ada waranti tapi waranti dr negara pengeluar x silap.

      Padam
  6. Bro, saya dah pm dekat fb pasal gorpo ni. Bro boleh bagi contact num? senang sikit tanya sebab tengah survey area jb dan online ni. tq bro!

    BalasPadam
    Balasan
    1. kita bukan bro lol.. kita fompuannn.. nk tanya pasal ape tu?

      Padam
  7. salam, nak tanya, gopro pole yg u beli kt uptown jln reko tu, stall dia kat area mana ye? tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. sederet dengan nasi ulam, tapi kat belah hujung skit (dekat dengan traffic lite)

      Padam
  8. beli tapi tak reti pakai, duk buat selfie bangang je. bongok

    BalasPadam
    Balasan
    1. lol... macam macam leh buat. masuk dalam group gopro malaysia.. banyak tips.. lagpun go pro memang untuk selfie pun.. kalau nak buat job guna go pro pun boleh, contohnya amik gambar perantin dalam air (underwater photography), ariel photo dll

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?