Isnin, 16 Jun 2014

Entri luahan perasaan ~ Sikap


Pernah jumpa orang macam ni?? suka nak cakap orang lain tak betul, orang lain suka menunjuk/ show off tapi diri sendiri?? dok show off sana sini, tak sedar?? tak paham dengan manusia macam ni... ada je perangai orang yang tak kena pada mata dia. Macam dia je yang perfect! 

Sibuk nak mengata orang, tapi diri sendiri 2 kali 5 sama dengan perangai orang yang dikata. Bak kata orang macam buka pekung kat dada sendiri.

Kadang bila pikir ada serik nya TERkawan dengan manusia yang sebegini, depan kita baik... tetiba bila ada sesuatu yang tak ngam dengan cara hidup dia terus jadi benci.. meluat.. padahal benda kecil je pun, di perbesar macam jijik benar. Sampaikan bercerita ke seluruh alam & up status yang buat kan kita pun terasa sakit hati. Kalau betul dah tak berminat nak berkawan, boleh duduk diam-diam atau remove je! maka kita pun tak terasa.


Aku pun sedar aku ni ada je buat perangai seperti yang di atas *takde manusia yang perfect, kalau ada yang tak suka aku minta maaf.. Kita tak tau hati budi orang.. ade yang suka apa yang kita suka kadang ada juga yang tak suka apa yang kita suka..

Sekian!


4 ulasan:

  1. macam macam ragam manusia kan. lagi ramai kita kenal orang lagi bykk ragam,. sabar jela plus jgn campur hal orang itu je kan. kalau orang suka cari pasal dgn kita, amboi2 kaw.. kita lantakkan diaorang ke situ huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan? mmg nk lantak kan aje.. nak meroyan ke apa ke.. yang penting aku xmo amik tahu dah pasal orang itu.. ntah hape-hape! kita tak kacau dia pun.. nak sakit hati sangat ngan kita dah kenapa?

      cuma sedikit terasa la.. hal kecik je pun di perbesarkan sangat-sangat nyampah okkk

      Padam
  2. Yani dah buat kerja2 pembersihan kat akaun FB...mana2 yg status FB dia agak meluat nak tengok...Yani dah unfriend/unfollow je....semak mata. Dari kumpul dosa, baik elak terus dari dok berkata2 dalam hati. Mana yang perasan, perasan la..mana yang tak, bagus jugak..hew hew hew~

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan?? kita selalu gak bersihkan FB.. mana yang kita rasa tak patut berada dlm friend list kita remove aja.. dari sakit hati kan?? insha allah kita tak kan add balik orang yang begini sikapnya.

      Padam