Cerita orang-orang yang tidak pernah putus asa semasa TTC

Saja nak share cerita & pengalaman orang-orang yang pernah berTTC selama bertahun-tahun, berkat kesabaran & kecekalan serta usaha tanpa henti mereka berjaya mendapatkan zuriat mereka sendiri.

Dan apabila Dia telah menetapkan sesuatu maka terjadilah ia. Di dalam Al-Quran, terdapat beberapa ayat 'Kun faya kun' dan Dia berfirman : "Jadilah, maka jadilah ia". 

Cerita Pertama


Hamba Allah ni adalah kawan sekerja kakak ipar aku, dia dah berkahwin lebih 10 tahun.. macam-macam usaha dia dah buat. Masalah berpunca daripada suaminya, sebab kekurangan sperma yang berkualiti & sihat.  


Apa je yang dia tak pernah cuba? dari berurut, operate rahim (sebab rahim terbalik) dan IUI semua gagal. Tiba masa dia buat IVF alhamdulillah dia berjaya tapi hanya 2 bulan sahaja kemudian dia terpaksa melalui pembedahan sbb rahim nya pecah (apa puncanya aku tak pasti) dia pun koma selama beberapa minggu oleh kerana rahimnya pecah, sampaikan si suami ingat hamba Allah ni memang takde peluang hidup. Selepas kejadian tu doktor dignose dia memang dah tak boleh mengandung. 



Tiba suatu hari hamba Allah ni demam teruk berjemaah sekali dengan si suami, bila di cek dengan kuasa Allah dan izin nya, hamba Allah ni mengandung dengan cara yang semulajadi tanpa perlu menjalani apa-apa proses sekalipun. Ternyata memang janji Allah itu pasti.

Sekarang anak hamba Allah tu pun dah besar & berumur 6 tahun.


Cerita Kedua

Ini kes sepupu aku sendiri,  dia dah kawen mmg dah lama lebih dari 15 tahun rasanya sebab masa dia kawen tu aku umur 12 tahun. 

Dia ni ada penyakit anoreksia, dia bukan la tahan nafsu makan tapi dia takde nafsu makan, memang kurus cekeding je dia ni, senang cerita under weight.

Lama juga dia berusaha, tapi cara mcm mana aku tak pasti la pulak, tak pernah tanya sebab takut dia kecil hati. Bapa aku pun pernah tolong bawa dia berubat, tapi belum ada rezeki kan. 

Last year dia pergi umrah, suami dia terjumpa sorang hamba Allah (orang Arab) dia tanya apa tujuan datang ke Tanah Suci ni? si suami ni bagitau, tujuan utama memang nak beribadat selain tu dia ada juga berhajat nak kan seorang anak. Lepas tu hamba Allah ni minta nama si suami & si isteri, dia cakap insha allah pulang dari umrah ada rezeki yang menunggu.

Lepas dia pulang ke tanah air tak lama tu sepupu aku ni pun pregnant, setelah lebih 15 tahun berkahwin tanpa buat apa-apa treatment pun, dan Alhamdulillah masa puasa hari tu sepupu aku selamat bersalin bayi lelaki walaupun byk gak masalah sepupu aku ni, lama juga dia duduk hospital, katanya sebab masalah uri kecil.. aku pun tak pasti. Yang aku pasti sepupu aku namakan bayi lelaki mereka tu seperti nama orang yang telah mendoakan untuk mereka, nama baby tu arabic sikit la (aku pun tak ingat apa namanya).



Setakat ni... 2 cerita je la yang aku nak kongsi, sebab aku rasa mereka ni betul-betul tabah melalui semua ni. Aku harap sangat aku pun boleh menjadi sekuat & setabah mereka, Insha Allah.



Ulasan

  1. Assalamualaikum kak zue, Subhanallah. kagum sheila baca kak. tabahkan hati mereka tunggu bertahun2.. sheila bersyukur sangat Allah beri juga merasai semua ni. sheila tgu 1 tahun 2 bulan. ada la juga pergi berurut 2 kali.. sheila jelah yang berubat.. alhamdullilah. tapi pelik juga sebab period sheila langsung tak teratur, follow apps kat phone utk check kesuburan pun tak boleh. Kun faya kun, semua boleh jadi dengan izin Allah Taala. Sheila doakan kak zue dengan suami pun berpeluang merasai macam sheila. In shaa Allah kak, sabar banyak dan enjoy ur life okey *hug&kiss*

    BalasPadam
  2. betul tu.. kkdg bila eyza putus asa.. eyza selalu teringat yang orang lain lagi lama diuji.. lagi banyak masalah.. lagi banyak dugaan.. tetiba baru eyza tersedar.. Ya Allah.. aku lagi beruntung dari diorang.. terus eyza istifar... InsyaAllah..moga satu hari nanti masa kita akan tiba jugak.. Amin..

    BalasPadam
  3. beb!yg penting ko jgn putus asa..
    ade rezeki ko tu..
    cume lambat sikit...
    chill2..
    yg penting jgn stress tauk

    BalasPadam
    Balasan
    1. insha allah aku tak kan give up! and tq dear for support... stress tu kekadang ada, sebab ade je terlintas kat pikiran ni knp aku tak normal macam orang lain.. sedih :(

      Padam
  4. Assalamualaikum. Terima kasih atas perkongsian yang diberikan. Semoga kita semua diberikan peluang untuk hamil dan menimang cahaya mata sendiri hendaknya.

    BalasPadam
  5. ada orang ujiannya lebih teruk dari kita yekk. kita ni sikit2 je.. syukur lah padaNYA kann ;))

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu.. takpe kita usaha slow slow yer. Chaiyok!

      Padam
  6. ehh lupe paste entry baruu sni.. maklumlaa bloglist buat hall.. eehhe

    http://www.idabaharum.com/2014/08/laman-grill-kajang.html

    BalasPadam
  7. ya allah berikan ketabahan dan kesabaran dalam diri kami ini..moga kami turut sama menikmati saat bergelar ibu dan ayah bagi zuriat kami sendiri..amin.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?