Rawatan Kesuburan: Rawatan Alternatif (Berurut) ~ Kali pertama

Serius lupa nak catat kat sini pasal rawatan alternatif yang aku buat iaitu berurut. Meh aku share ngan korang-korang yang nak tau pasal berurut ni.

Actually dapat contact akak berurut ni dari adik chomel kita ZANA. Dia cakap kalau nak pergi, pergi masa betul betul baru habis period. Aku excited gak nak try sebab ramai juga yang berjaya pregnant berurut dengan dia, lagi satu excited sebab dah lama sangat x berurut, hari-hari jalan kaki jauh kan.. berurut leh la hilangkan lenguh-lenguh kaki.

Aku period 7.07.2014 sampai la 14.07.2014, aku tengok diri ni dah bersih pagi tu aku buat appointment ngan Kak Yan ni. Call Kak Yan cakap malam ni nak berurut, dia cakap dia ada appointment urut orang bersalin, pukul 10pm baru ada kat rumah. Aku pun Ok je la, lagipun esoknya aku x keje pun kan dan yang paling penting rumah Kak Yan dekat je ngan rumah kami, senang nak follow up.

Sampai je umah Kak Yan, Kak Yan belum balik lagi. Kami dilayan oleh suami Kak Yan, tak lama tu Kak Yan sampai.. kitaorang kenal kan diri, cerita berapa tahun kahwin semua. Dia Yakin kan kitaorang insha allah kalau ada rezeki Allah akan bagi, yang penting tawakal & doa. Kak Yan cakap dia cuma usaha/tolong, yang makbul kan semua Allah ☺. Kami pun berusaha Kak Yan & ini adalah salah satu usaha kami.

Kak Yan pun mula kan urutan, dia urut seluruh badan.. haishhh memang lega la, dia pun urut tak sakit. Dulu masa aku berurut kat kampung perut aku senak gila dia tekan, time urut ngan Kak Yan ok je cuma ada certain certain part tu sakit sikit, minyak yang Kak Yan guna pun wangi je... bukan minyak urut yee.. huhuhhu!

Lepas urut tu, Kak Yan cakap rahim aku terbalik macam mangkuk, sebab itu air takleh takung asyik tumpah je, lagi satu dia cakap rahim aku ketepi sedikit kemudian dia dah urut & letak di tempat yang betul (Wallahu a’lam). Lepas tu dia tunjuk cara cara yang betul  sebelum bangun dari tempat tido/ baring, caranya ialah mengiring sebelum bangun.

Selepas aku selesai berurut giliran suami Kak Yan pula yang mengurut hubby aku, mengikut kata hubby, dia just urut-urut pinggang & badan je. Tak lama pun dia urut sekejap je, Sementara hubby aku berurut Kak Yan ada bagi potongan-potongan ayat Al quran yang harus kami amal kan, kemudian Kak Yan ada bagi aku makan sireh yang ditulis dengan huruf-huruf hijaiyah, tujuan nya untuk menghilangkan keputihan. 

Kak Yan pesan mengurut ni kena 3 hari berturut-turut, kemudian minggu kedua berurut mengikut hari suami & isteri lahir. Kak Yan pesan lagi hari pertama kena rendam kaki 1 minit air sejuk 5 minit air panas hari kedua & seterusnya 1 minit air sejuk 10 minit air panas, tujuan nya adalah untuk megeram kan telur kita supaya membesar elok & cantik (Wallahu a’lam).

Tu je buat kali pertama aku pergi berurut dengan Kak Yan, Untuk hari kedua & ketiga akan ku cerita kan nanti.

*Kami hanya berusaha & buat yang termampu, ALLAH SWT jua yang menjadi kan segalanya. 
(Wallahu a’lam)


Ulasan

  1. Inshaa'allah zue. Ada rezeki tu nanti. Jgn putus asa tau. Akk doakan zue & hubby cpt² dapat baby

    Zue member akk ni dah 6 tahun. TTC gak. Dah pregnant. Bley tgk blog dia. Macam² cara gak.

    http://lobaksusue.blogspot.com/2014/08/percayalah-percayalah-percayalah.html

    BalasPadam
  2. thanks kak Fiza, sebab support kami :)

    BalasPadam
  3. InshaAllah...semoga usaha ini Allah percepatkan rezeki zuriat buat zue dan suami. Amin ya rabbal alamin

    BalasPadam
  4. menarik baca part mengeram telur tu... amalan tu petua ke atau hanya effective kalau pi urut ngan kak yan? mohon pencerahan zue...

    BalasPadam
    Balasan
    1. alamak kita tak tau la plak pasal tu.. tapi Kak yan cakap konsep nya macam telur ayam la.. kalau tak nak telur tu tembelang si ibu kena eram kan telur tu kan? kasi sentiasa panas, sama la macam telur kita.. sweet tooth leh la try, mana tau menjadi. Lagi satu Kak Yan pesan jangan makan benda sejuk, contohnya timun, tembikai, terung..untuk lelaki Kak Yan pesan tak boleh minum air kelapa, sebab tak elok untuk sperma katanya...(Wallahu a’lam)

      Padam
  5. kat mana berurut tu,,su dah lama tak berurut :-0 tengah cari juga tempat yg sedap urut untuk rahim

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sue, kita berurut kat Kajang.. kalau sue nak contact dia sue pm kita kat FB.

      Padam
  6. Menarik juga kaedah berurut dan petua rendaman kaki Kak Yan ni...Yani dah lama tak pergi berurut....badan dah lemau, masuk angin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. cer try Yani, mana tau menjadi or serasi. Kaedah ni sesuai sangat untuk orang yang nak buat UIU & IVF kan? nak bg telur cantik.. huhuhuh!

      Padam
  7. urut laki n pmpuan ke?da lame crik...boleh tak zue bg contact nmbr?

    BalasPadam
    Balasan
    1. yerp lelaki pompuan kena urut, kalau lelaki tiada masalah dia akan urut perempuan saje.. Shasa, leh PM kita kat FB tak? Fb kita Norzuraidah Tumian, takut la nak letak no phone Kak Yan kat sini.. huhuhuh!

      Padam
    2. Hehehe..da request...shafira rossa,..approve taw? :p

      Padam
    3. dah approve dear.. kalau nak tanya apa apa PM je k :)

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?