Rawatan Kesuburan: Rawatan Alternatif (Berurut) ~ Kali Kedua

Kronologi Treatment

1. Rawatan Kesuburan: Rawatan Alternatif (Berurut) ~ Kali pertama


Hari kedua aku pergi adalah Hari Khamis, hubby plak 2-3 hari berurut ni balik awal saje sebab nak teman aku pergi berurut katanya. Sampai umah Kak Yan dalam pukul 10pm macam tu sampai sampai je terus la berurut dengan Kak Yan.

Berurut sama macam hari semalam, seluruh badan termasuk perut. Kali ni dia urut perut dah tak rasa sakit macam semalam.. dia cakap dia dah betul kan sebab tu tak rasa sakit, kedudukan nya dah betul. Sambil-sambil berurut Kak Yan cerita pengalaman orang-orang yang pernah datang berurut dengan dia & berjaya pregnant. Sambil tu Kak Yan pesan, kalau bergurau dengan kawan-kawan or suami jangan sesekali tepuk belakang "Vontot" huhuhuhuh! aku tak tau kenapa & apa relevan nya sebab aku tak tanya.

Lepas berurut tu Kak Yan pesan jangan lupa rendam kaki 1 minit air sejuk 10 minit air panas, dan kerap kerap la "bertukang" sebab masa masa ni sangatlah sesuai sebab tengah subur & organ-organ dalaman dah di repair huhuhuh! Dia cakap insha allah dengan usaha & izin darinya akan berhasil, dia cuma membantu sahaja.

*Kami hanya berusaha & buat yang termampu, ALLAH SWT jua yang menjadi kan segalanya. 
(Wallahu a’lam)

Ulasan

  1. Salam kenal zue. Moga urutan ni dapat membantu next treatment zue. Been there (TTC) and I know how it feels. May Allah bless :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?