Rawatan Kesuburan: Rawatan Alternatif (Berurut) ~ Kali Ketiga

Kronologi Treatment

1. Rawatan Kesuburan: Rawatan Alternatif (Berurut) ~ Kali pertama



Hari Jumaat adalah hari ketiga aku berurut dengan Kak Yan, sebelum gi rumah Kak Yan kami ke carefour dulu, cadangnya nak beli beg balik kampung & buah tangan sikit untuk anak-anak Kak Yan yang comel-comel tu.

Lepas shopping terus pergi rumah Kak Yan, Kak Yan ingat kami lupa pasal berurut.. memang lewat sikit dari hari sebelumnya. Macam biasa Kak Yan urut seluruh badan, memang lega bila kena urut... urat-urat pun jadi lembut je ☺. Masa berurut macam-macam Kak Yan pesan, kita kena sentiasa positif.. perkara-perkara yang stress kena luah kan jangan terbuku dihati, sentiasa happy lagi satu jangan ingat pasal kita tak period ke, period kita tak stabil ke sebab semua tu mengundang stress bila stress akan menganggu jiwa kita. Banyak kan berzikir, amal kan doa-doa yang diberi. Lagi satu yang Kak Yan pesan jaga makan.

Dia cakap kalau ada rasa mual, pening kepala ke demam ke jangan makan ubat, baca bismillah 5 yang dia berikan, tu semua doa untuk sembuhkan sakit.

Habis berurut Kak Yan pesan jangan lupa datang urut untuk minggu kedua, mengikut hari yang aku & suami lahir. Aku lahir hari Ahad & suami lahir hari jumaat, makanya lepas raya baru jumpa Kak Yan semula.

*Kami hanya berusaha & buat yang termampu, ALLAH SWT jua yang menjadi kan segalanya. 
(Wallahu a’lam)

Ulasan

  1. Slm Zue, akak mmg wajib baca n3 awk bila ada update terbaru ^_^ **silent reader saje nk btgtau

    BalasPadam
  2. Assalam. kite pun same juge. silent reader juga tapi hari ni blogwalking (BW) sini, de nampak sis tulis bismillah 5. Boleh tau bacaan yg mane?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq NFAM, nnt kita share pasal doa doa yang dia berikan, dalam google pun ada gak bismillah 5 ni cer cari.. manfaat dia untuk jauh kan & sembuhkan penyakit.

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?