A Famosa Bungalow di Melaka

Pada 30 Ogos 2014 ada majlis bertandang adik aku ke Melaka. Happy sangat sebab dapat gather ngan family aku, tapi ada gak yang tak seronok sebab kakak aku & anak buah aku tak dapat join, si Icha demam tak kebah-kebah... adehhhh! rindu banget ngan bebudak tu.

Dari KL aku ajak anak sedara hubby untuk join, memang dah ajak lama dah.. diaorang pun excited sangat nak ikut sebab dapat mandi kolam kan. Hari Sabtu tu kami bertolak dari rumah pukul 8.30pagi kemudian aku pergi ambil anak buah aku kat Wangsa Maju then terus gerak ke Melaka. Kalau nk ke Selatan memang jalan kitaorang ikut LEKAS, sekali sampai kat senawang hamikkk kooo! jammed nak mam! geram aku rasa nk patah balik je tak mau pergi. 

Kakak aku yang dari JB pun dah sampai Melaka awal, kami yang dari KL tak sampai-sampai. Abah aku dah call banyak kali tanya kat mana. Nasib baik majlisnya kat Alor Gajah je, tak jauh dah dari Senawang. Sampai je kat Melaka pukul 2 lebih, korang bayang kan la KL ke Alor gajah lebih dari 2 jam brrrrr... stressss!!!

Sampai sampai terus makan, lapar gila nokkkk! lepas dah mkn lepak terus g check in kat A famosa, mulanya ingat nak pi jalan-jalan ngan akak aku, sekali bila tgk jalan nk ke bungalow tu jauh dari jalan besar, terus cancel hasrat nk keluar! lepak kat dalam umah lagi best. Lagipun kereta kakak aku rosak lagi so dia tak dapat la nak pusing-pusing town. Kesiannnnn...

Bungalow yang aku sewa ni harga RM400 semalam, siap ade swimming pool ko! memang syok, dalam bungalow tu ade 3 bilik tidur serta 2 bilik air, ade TV dan perabot, peralatan BBQ and dapur pun ada. Tapi yang tak best takde periuk lagi satu tempat BBQ tu dah berkarat better bawak tempat BBQ sendiri kalau nak berBBQ.

swimming pool di sebelah rumah
Bebudak memang seronok la dapat berendam dalam swimming pool, tapi yang tak best dorang tak boleh nk swim sendiri sebab dalam pulak swimming pool nya, kalau nk datang bawa bebudak pasti kan bawa pelampung ok!

Lagi satu yang tak best nya swimming pool nya terbuka, bila orang lalu lalang nampak la kami yang sedang bermandi manda, Next time kalau nk stay lagi kat sini kena cari yang tertutup baru sedap nak terjun tiruk.

ok tu je nak cerita pengalaman stay kat A Famosa Bungalow ni, semua ok tapi nak pergi ke kedai ke apa ke jauh sikit, kalau nak stay sini pasti kan tapau makanan sesiap so takde la berlapar.


INFO: Deposit RM300.00 diperlukan, kalau semua OK dia akan pulang kan semula deposit tu.


Ulasan

  1. oic..ingt nk ajak gak family tp ktorg ramai bdk2 so swimmng pool ni mcm xsesuai sgt..

    BalasPadam
  2. bukan tak sesuai.. boleh memang boleh tapi kena bw pelampung

    BalasPadam
  3. Nak mintak no contact untuk private villa ni boleh tak thanks in advance

    BalasPadam
    Balasan
    1. hi Basirah.armain here is contact no. En Ashwan 0142626923

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?