Isnin, 22 September 2014

Pisang Goreng Cheese di Bangi

Mari kita release sedikit tension kita cerita pasal makan-makan & tempat menarik!

Hari Ahad seharian duduk kat rumah, so si hubby bosan katanya ajak la keluar gi minum kopi. Aku pulak teringin sangat nak makan pisang goreng cheese, makanya jalan-jalan la kat area Bangi cari pisang Goreng Cheese! akhirnya terjumpa berdekatan dekat Restoran Kelisa. Restoran Kelisa ni sederet dengan An-Nur & Az-Zahra Bangi.

Pisang Goreng cheese yang yummy!
Lama gak nak tunggu, sebab ramai orang.. tapi memang terbaik la. Sedap!! Nora bagi 5 bintang! sebenarnya Pisang cheese ni tak boleh makan banyak sangat nanti muak. Kat sini ada bermacam-macam perisa, ade karamel, oreo, coklat! OMG! memang meleleh air liur!

Nama kedainya Pisang Cheese Jakarta
Lepas dah pekena Pisang Cheese tak tau nak pergi mana, aku ajak hubby pergi wall street art kat Atmosphere di Seri Kembangan dan tak sangka mood dia baik & he said OK! wahhh rasa tak percaya gitu sebab hubby aku ni bukan jenis layan benda-benda macam ni. Sampai je kat sana dia macam teruja tengok drawing yang cantik-cantik & marvelous! dia cakap rugi tak bawa kamera.. next time kita datang lagi ye.






Pakai kamera phone/tab je so gambar tak berapa menarik! kalau korang nak masuk sini FREE je.. korang gagahkan je la diri tu, sebab banyak giler drawing kat sini.. posing je la sampai lebam!

Lepas puas posing balik tu pusing-pusing cari makan lagi.. kali ni dinner kat Tomyam plak.. nama kedainya Suraya! ni bukan Suraya Kg Baru tau ni Suraya dekat Bangi... kat situ aku suka makan somtam mangga! huiii! rasanya memang marvelous! gamba Nan Hado yerr sebab bateri dah kong!

Lepas kenyang je kami berdua pun balik!

16 ulasan:

  1. cinta ida dok tercari cari manaaaaa laa nak cari pisang cheese ni.. yeay yeayyy makasehh review.. nnti ida nak pergii nak rasa. leleh air liur dah anak tekak ida ni HAHHAHHA

    BalasPadam
    Balasan
    1. sila la datang kat sini.. lupa nak mention dia buka dari pukul 3.30pm - 11pm.. leh gak follow IG & FB dia kat Pisang Cheese Jakarta

      Padam
  2. Sedapnya. Ok...dah tau kat mana.

    Kedai suraya ni dekat ngan umah akk erk zue? Sederet dgn kedai buku ker?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedap kak, semua kat area bangi.. sila la terjah.

      Haah suraya tu dekat umah akak sederet dengan kedai buku belakang Petronas. Somtam dia terbaik! dulu lauk lauk dia sedap... now ade kureng sikit

      Padam
  3. last week masa meeting dorang hidang pisang cheese... tapi i x sempat nk rasa... huhuhu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. wow bestnya meeting hidang pisang goreng cheese... terbaik weh

      Padam
  4. sedap nmpk goring pisang cheesy tu..boleh terjah nanti...dekat jer pun klu nk gi ni...

    salam perkenalan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam perkenalan, memang sedap.. orang yang datang pun ramai gak.. kena sabau menunggu..

      Padam
  5. Kat area Yani, ade jugak kedai jual pisang goreng cheese kat tepi jalan utama...tp setakat letak cheese dan coklat je...tak de mcm2 pilihan mcm Zue pergi tu. Makan pun sebulan sekali, kalau selalu mmg hancus la diet...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedap kan?? tapi hancus la diet! hikhikhik!

      Padam
  6. haaaa lepas ni boleh pergi yeyey! art street kat seri kembangan pun macam kena pergi ni! thanks promote promote!

    BalasPadam
    Balasan
    1. kat situ ade zoo kecik gak tau.. sila la terjah awal pagi, petang leh singgah street art ni

      Padam
  7. dah lama cari pisang goreng cheese ni... asal google takde jumpa pun lokasi yang tepat... skrg dah jumpa..thanks for sharing

    BalasPadam
    Balasan
    1. OMG.. cujen komen.. tq sbb sudi singgah sini :)

      Padam
  8. salam perkenalan...susahnya lahai nak cari pisang cheese yg meriah cheese & coklatnya...hahaha..nampak mcm best kat bangi nih...

    BalasPadam
  9. Terima kasih untuk review ni sis.. Memang sedang mencari2 pisang cheese ni.. Nampak sedap sungguh yang ni.. ☺️

    BalasPadam