Operation Cancel!

Ingat tak entri sebelum-sebelum ni? pasal berdebarnya aku nak menjalani operation.. korang jangan la ingat major operation plak.. cuma aku akan menjalani Laparscopy! tapiiiii... tak jadi hokeh! sebab apa tak jadi??? sebab ada DR. pakar yang lain argue dengan operation ni. Jap aku cerita dari awal kemasukan wad ok?

5.11.2014

Pagi ni aku bangun awal dalam 6.00 pagi macam tu bersiap-siap, konon nya nak masuk wad kan? harus la kemas-kemas baju, persiapkan diri. Then baru la aku kejut hubby untuk bersiap pula. Lepas dah siap aku ajak hubby gi breakfast dulu sebab aku pernah terbaca yang kena berpuasa start dari masuk wad. Aku pun sarapan la nasi lemak, huhuhuh! amik makanan heavy kot sebab nak puasa kan satu hari suntuk.

Lepas makan aku pun pergi la daftar untuk masuk wad, lepas daftar masuk wad tu dia bagi fail & tunjuk la wad mana aku kena duduk. Kami pun terus la ke wad yang di tunjuk tu, sampai kat wad aku daftar kat wad pula, bila sampai hospital macam biasa la nurse tanya alergik ubat apa, pekerjaan apa, tanya berat, tinggi la.. pastu dia terus tunjuk bilik & katil aku. Kemudian dia bagi baju hijau untuk duduk kat wad tu. Keadaan dalam wad tu PACK ok! sebab wad yang sebenarnya tengah renovate. 

Aku pun tukar la baju... aku suruh hubby gi amik beg untuk baju salinan, lepas dia hantar aku pun suruh dia balik sebab kesian kan dia tunggu lama sangat kat situ. Bosan ya amat duduk kat hospital ni! keje aku tido je la & main COC! tengah duk main game datang satu doktor amik darah aku & masuk kan jarum drip. Nasib baik tak sakit sangat.. tapi dah lama jarum tu dok dalam tangan baru rasa sakit.

Tak lama tu Dr. pakar bius datang & terangkan procedure untuk bius ke esok kan harinya. Pastu tengah hari makanan untuk lunch pun sampai.. rasa makanan kat hospital?? blueekkkk! tak sedap! memang kalau ko tak sakit pun boleh jadi sakit la dok kat hospital tu.

Petang sikit doktor Gynea datang dia tanya aku paham ke apa yang aku jalani esok? aku pun bagitau la apa yang aku paham, kemudian dia terangkan semula apa yang aku lalui esok. Lepas dah chit chat chit ngan Dr. aku pun tido sementara tunggu hubby datang petang tu.. bawa pisang goreng & ubi goreng ahahahh! oh ya... aku boleh makan macam biasa yeee Dr suruh puasa start 12am malam nanti!

Malam tu ada Dr. & nurse datang, dia cakap esok pagi aku boleh breakfast macam biasa.. dia cakap kemungkinan kes aku KIV! whatttttt!!! aku memang nak menyumpah gila kot! tapi akal waras aku suruh sabar ini lah dugaan.. tapi aku still berdebar sebab nurse tu cakap kemungkinan besar juga aku jadi untuk operate.. ok! what eva la wei.. aku pasrah je!

6.11.2014

Dalam pukul 4am macam tu nurse kejut suruh makan ubat.. aku pun bangun la makan ubat. Ubat apa yang dia bagi aku pun tak pasti.. kemudian aku sambung ZZZZZzzzz....

Tengah sedap sedap tido, ada Dr kejut aku bangun.. semata-mata nak tanya aku OK ke tak?? heyyy! op kos la aku OK tak buat apa apa kot lagi just tido jeee. Tak lama lepas tu, nurse datang bagi aku baju putih & dia masuk kan air dalam badan. Hmmmm... aku tak mandi lagi kot! kemudian datang pula nurse untuk cek tekanan darah, aku pun suruh la nurse tu buka drip sebab aku nak pi mandi.. lepas mandi aku suruh nurse tu pasang semula drip aku.. sakit gila kot dia tekan.. darah kuar banyak dia tekan macam tu! ngok betol...

Kemudian sarapan pagi pun sampai.. dapat la roti keras & air milo, air milo dia rasa & bau nak muntah ok! susu apa ntah dia guna.. memang aku tak minum la kot, bau pun dah hamis semacam.

Tengah baring-baring Dr Ridzuan pun datang, dia bagitau aku tak payah nak buat laparscopy tu sebab kalau aku buat pun tak kan ade effect apa-apa, kerana chance aku untuk pregnant normally macam orang biasa memang nipis. Dia tak nak aku amik risiko as per advise from her Boss DR. Chong.

Dia cakap lepas ni dia akan bagi referral letter untuk aku cont. buat treatment IVF pula. Dia bagi aku option either nak pergi Hospital di Alor setar atau ataupun HKL. Kami masih tak boleh nak buat keputusan, aku & hubby pun masih lagi berbincang untuk pilih hospital mana kami nak pergi. Macam biasa Dr Ridzuan cadangkan aku untuk ke Alor Setar sebab successful rate tinggi kat sana, tapi aku macam berat nak ke HKL sebab lagi senang nk follow up.

Buat masa ni memang aku tak leh nk bagi keputusan, sebab quite pening gak la pikir kan.. lagi satu aku takut, aku & hubby akan kena start from the bottom back untuk buat treatment IVF ni. Kesian kat hubby sebenarnya :(. Pleaseee.. korangg tolong bagi pendapat sikit.

Lepas je Dr. bgtau, dia cakap dia nk jumpa hubby nak cek hubby sikit.. tapi aku tak bgtau hubby pun Dr nak check dia.. takut wehh.. ahahahah! aku cakap Dr. nak jumpa je :P.. Bila Dr. cakap dia nak cek je muka hubby berubah.. aku buat tak tau je.. ahahah! tapi lepas Dr. cek dia cakap Alhamdulillah nampak normal, hubby pun nampak ok.

So Dr. cakap aku dah boleh discharge dah... ok! ni lagi satu cerita. nak discharge pun tunggu punya la lama.. nak kena follow up berkali-kali! tension aku.. nak bagi pesakit kuar je kot. Dalam 1 jam gak menunggu nya.. Dah lama tu baru la dia bagi bill untuk hubby gi bayar.. nasib la murah gilaaa... patutnya FREE je sebab Dr. tak buat apa-apa pun kat aku brrrrrr....

Ok tu je la pengalaman aku nak buat operation tak jadi.. so the next step aku kena buat treatment untuk IVF plak.. tapi keputusan nak pilih hospital mana still tak buat! koranggg pleasee advise akuu.. HELPPPPP!

**apa pun yang terjadi aku percaya adalah hikmah disebalik kejadian, so just follow & jangan pernah putus asa.. aminnn!

INFO

2 hari duduk wad = RM3.00 x 2 hari =RM6.00
Ujian Makmal = RM8.00
Total rawatan kali ni: RM14.00 



Ulasan

  1. Ya Allah, boleh plak doktor sama doktor tak bincang habis2 kes Zue? Dah masuk hospital boleh suruh discharge mcm tu je? Hurm, takpe la...yang penting Zue dah nampak path TTC Zue...lepas ni dah boleh fokus pada prosedur IVF .....hati Yani kuat mengatakan better buat kat Alor Setar je Zue....kita kalau boleh tak nak buat IVF banyak kali, kalau boleh sekali buat dan berjaya..alhamdulillah....duit pun kena fikir jugak...

    BalasPadam
  2. kan?? patut dia bincang ngan pakar lain sebelum nak decide kita kena operate or tak.. dah admit baru cakap tak payah! hish sakit hati pun ada gak la.. tapi takpe kita pikir positive je la.. thanks ye yani bg advise, hope saya pun leh buat keputusan yang terbaik buat kami berdua.

    BalasPadam
  3. Salam zue.. adoyaii kesinanye nk marah pun kena jgk positifkan diri ye. banyak hikmah lah tu tp sepatutnya kes tu dh terkaji dari awl lg kan. Ini dh tggal nk letak pisau baru cancel. Buang vit C org je - feeling unbelieveable

    BalasPadam
    Balasan
    1. bengang gak kak baby.. hubby pun dh amik cuti 2 hari, dia dah la susah nak cuti. sedih pun ada gak

      Padam
  4. zue, walaupun kat AS lagi high chances, tapi kena pikir jugak in terms of transportation cost, accomodation masa treatment and the travelling that u need to take. Not an easy process... but may be u can try option monitoring the egg kat HKL, tapi OPU and ET kat AS.

    I vote u buat kat KL je... kat LPPKN pon ada kan IVF? Ke kat LPPKN dia buat kat HKL gak? I pon x sure...

    Anyway, semoga Allah permudahkan untuk u...istikharah, inshaAllah Dia lorongkan pada keputusan yg terbaik

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks ST for the advise very appreciate it.. memandang kan kita dh buat treatment di gov hosp. memang kita akan terus kan kat gov. tunggu abis step ni baru pikir buat tempat lain cth. LPPKN or HUKM. Saya belum buat keputusan lagi nak kemana, masih buntu.. insha allah saya cuba buat iistikharah pula

      Padam
  5. Mungkin ada hikmahnya x jadi kena operate.. In shaa Allah... Hanya Dia yang Maha Mengetahui..

    Kalau zue rasa HKL lg senang nak buat IVF, maka teruskan lah.. lgpun klu kita dok paksa nak g tempat yg susah nak pergi, nnt kita juga yg stress.. HKL pun bagus juga sbb ctu transfer embryo peringkat blastocyst..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kita still tengah pikir nak kemana..tq Sizuka bagi pendapat :)

      Padam
  6. Salam sis..seelok2nya kalau nak buat ivf jangan travel jauh sangat..ambik yg paling dekat,success rate penting,tapi rezeki Allah semata2 semuanya...Semoga dipermudahkan segala urusan zue..Amin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam nuriz.. betul gak tu kan? sebenarnya byk juga nk kena fikir.. tempat tinggal. travel cost.. hmmm.. tq sebab bagi pendapat :)

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?