Selasa, 11 November 2014

Tempat makan best di Mid Valley

Memandangkan banyak BE yang menari-nari nak tak nak aku kena gigihkan diri buat entri. Sebenarnya tak tau nak buat entri apa.. no idea so cari la gambar-gambar dalam insta so terpikir nak buat entri pasal tempat makan yang best kat Mid Valley.

Sebab aku keje kat Mid Valley kan?? harus la aku hafal segala tempat makan kat Mid Valley ni.

Kalau korang datang Mid Valley jangan lupa singgah makan dessert kat Jonker Sweets Dessert kat LG bersebelahan dengan Big Apple & berhadapan dengan CIMB. Kalau korang rasa dessert kat sini.. perghhh sure rasa nak return.. Ais jelly dia halus je, memang sedap la, bubur dia pun terbaik. Korang jangan risau semua dessert kat sini mampu milik..

Antara dessert yang pernah aku makan.. yummy!
Peminat makanan Korea?? korang boleh try kat LG gak.. tapi kat Garden, nama kedai aku lupa plak.. kedainya berhadapan dengan Cold Storage, apa yang best? korang leh minta lebih kimchi & ikan bilis tu.. perghh marvelous! aku makan bibimbap ni leh share 3 orang.. banyak okehh. Lagi satu aku suka pancake dia tu.. rasa macam cekodok bawang. best gak!

Banyak kan?? tak tertelan kalau makan sorang
Suka makan Oyster tak?? kat Garden ade satu kedai ni jual Oyster sesaja! oyster goreng tepung la oyster garlic la.. pokoknya semua berasaskan oyster korang boleh terjah sini kalau nak tengok menu http://www.oysterking.com.my/ Sedap gak sekali sekala makan makanan orang kaya kan? tapi dengan gaya budget. Kedai Oyster King ni terletak di LG bersebelahan dengan kedai korean food tadi maknanya berhadapan dengan Cold Storage

Garlic Oyster & Fried Oyster.. ehh sedap wehhh!
Nak makan burger yang super duper juicy?? leh try kat Killer Gourment Burger.. burger ni memang sedap gilak! kalau makan sebiji sure kekenyangan laa.. terus takleh buat keje sebab kenyang banget. Daging burger dia dah la lembut, juicy plak tu.. nyummy sangat. Korang kena try tau! KGB ni pun terletak di LG tapi dekat Mid Valley area berdekatan juga dengan Jonker Sweets ini bermakna KGB ni dekat juga dengan Big Apple.

Aummm.. nga nga mulut besar baru leh masuk.. eheheh
Actually banyak lagi kedai makan yang best kat Mid Valley ni.. ni adalah di antaranya la, next time aku cerita lagi tempat makan yang menarik kat sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan