Isnin, 1 Disember 2014

Rawatan Kesuburan: Keputusan Untuk Rawatan Selanjutnya

Salam Korang!

Lama tak cerita pasal Rawatan Kesuburan kan? last cerita pasal aku nak buat Laparscopy tapi Dr batal kan atas sebab-sebab tertentu. Dr. Minta kami untuk pilih Hospital yang mana satu untuk teruskan rawatan, sama ada HKL atau pun di Alor star.

Setelah berpikir-pikir sedalam-dalam nya.. maka aku memilih HKL. Antara sebab-sebab aku memilih HKL adalah yang pertama senang aku nak follow up. Aku dapat rasakan rawatan yang aku lakukan ni bukan nya mudah, mungkin Dr kat Hospital lain akan buat check up semula both of us, mungkin Dr hospital lain tak kan proceed aku untuk terus ke IVF, So di situ kemungkinan kekerapan untuk follow up di Hospital adalah kerap.

Sebab yang kedua pula memandangkan HKL lebih dekat dengan kami maka belanja untuk ulang-alik tu lebih rendah, kalau kami pilih ke Alor Star kami terpaksa sewa hotel then kos untuk ke sana lagi, makan minum? hmmmm.. semua kena kira.

Sebab yang ketiga, mungkin aku boleh kurang kan risiko masa travelling. Jika aku pilih ke alor Setar  dan aku di takdir kan untuk senyawakan telur di sana risiko masa travelling tu tak di jamin.. maka lebih baik kita kurangkan risiko.

Apa-apa pun keputusan aku, aku harap ini lah yang terbaik. Hubby aku ikut je pilihan mana yang aku pilih.. tapi sebenarnya dia lagi berat nak ke Alor Star. huhuhuh! Korang please doa kan untuk kami k.

Jumpa di new episod di Hospital yang baru!

** Alhamdulillah selesai satu beban yang aku pikirkan selama hampir satu bulan, akhirnya aku dapat berpikir secara waras... ahahhahah!

8 ulasan:

  1. moga segalanya berjalan lancar..amin!
    saya pun masih menanti... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. insha allah ujie.. hope tabah k

      Padam
  2. Keputusan yang tepat dear..semoga dengan izin Allah, berjaya treatment kat ospital baru nanti,.Amin..

    BalasPadam
  3. InshaAllah Zue, kalau itu keputusan yang dirasakan terbaik dari semua segi...teruskan. InshaAllah Allah SWT permudahkan semua urusan IVF Zue....

    BalasPadam
  4. Good luck zue..
    Insha Allah, semoga segala urusan dipermudahkan oleh-Nya.

    BalasPadam
  5. InsyaAllah..saya doakan..saya pn buat rawatan di HKL...alhamdulillah skrg hamil 8bln..semoga awak tabah n bjaya..amin...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq.. semoga boleh berjangkit baby ke dlm rahim saya.. tq again

      Padam