Rawatan Kesuburan: Surat Rujukan Ke HKL

Alhamdulillah!

Akhirnya aku dah buat keputusan untuk ke HKL, 2 Minggu lepas aku dah bagitahu Dr. Ridzuan aku buat keputusan untuk ke HKL sahaja. So hari Isnin hari tu aku nak ambil la surat rujukan nya tapi..... surat tak siap lagi... aku tinggal kan contact no aku untuk pihak hospital contact aku semula. Pada mula nya nurse suruh tunggu, tapi memandangkan pukul 9 pun Dr tak muncul tiba, aku ambil keputusan blah je.

Semalam pihak hospital dah pun call, dia cakap surat dah ready boleh datang ambil so pagi tadi sebelum pergi office singgah jap ambil letter.

Surat sudah ada di tangan! tak tau apa isi dalam..
Aku kena pergi ke HKL untuk mengambil tarikh untuk kaunseling ke sana. Bila nak ke HKL tu aku tak bincang lagi ngan hubby. Maybe early next year kot baru kami ke sana. Menurut kata nurse tu tadi sebelum ni pihak Hospital Kajang boleh terus dapat kan tarikh untuk kaunseling, tapi sekarang ni pesakit kene pergi sendiri, so terpaksa la kami pergi sendiri.

Sapa pernah buat treatment kat HKL? yuk share pengalaman.



Ulasan

  1. salam zue...sabar ye hadapi ujian Allah ini

    saya pun skrg tgh tunggu appt dr di HKL bulan Mac ni..lama kan..

    Zue call je HKL unit infertiliti untuk dptkan appt kali pertama..x payah pegi HKL pun takpe..biasa dia bagi dalam 2 minggu..

    mula2 jumpa nurse dulu..bawa segala result test yg dah dibuat dan nurse akan tengok semua test cukup x..

    pastu kena buat lagi semen analysis sbb nurse tu ckp kat HKL dia punye normal range tu lain dari hospital lain..

    lepas tu baru dia bagi appt utk jumpa doc...memang lama sebab nurse ckp klinik infertiliti seminggu sekali je

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?